Template by:
Free Blog Templates

27 June 2013

Peladang


Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau memperolehi pelbagai keuntungan setiap tahun.

Jualan stesen minyaknya setiap tahun mencecah rm 12 juta manakala jualan setiap bulan di kedai rakyat 1 malaysia sekitar rm 200,000.

Demikian umum pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PPK Batu Kurau hari ini.

Beliau menambah KR1M baru sahaja dibuka akhir tahun lalu dan mendapat sambutan yang menggalakan.
















Beliau juga mengumumkan penubuhan tabung kariat kematian bagi kemudahan kira-kira 3.000 orang ahlinya.

Pengurus besar PPK, Haji Sabri Zainol ditugas menyediakan draf garis panduan tabung tersebut.

Sukan sekolah


Ibubapa dan masyarakat diingat jangan mudah menunding jari kepada pengurusan sekolah jika prestasi sukan anak-anak mereka tidak cemerlang.

 





Ibubapa harus komitted dalam membantu memajukan industri sukan.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan kejohanan sukan tahunan sekolah kebangsaan sungai Jernih di Ulu Ijok, hari ini.

Guru besar sekolah, Zakaria Idris, ketua kampung, Jamaluddin Mat Isa, yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Mustapha Mat dan ketua UMNO cawangan kelian Gunung, Zulkifly turut hadir.

Katanya ibubapa jangan bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam bidang sukan kerana industri tersebut berkembang pesat dan mempunyai masa depan yang baik bagi mereka yang mahu menjadikannya sebagai karier.


















Bolasepak adalah contoh terdekat untuk dijadikan panduan kepada masyarakat malaysia yang berhasrat mengembangkan karier mereka.

Beliau berkata sukan sekolah adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baru.

23 June 2013

Kenduri


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan ketua UMNO cawangan Sungai, Haji Abdul Halil Abdullah.

 






















Norsuhaili anak bongsu Halil yang juga ketua kampung melangsungkan perkahwinannya dengan Farid Bin Mohd.

Beliau ke majlis jamuan makan tengahari menyambut ramadan di rumah naib ketua puteri bahagian, Junaidah Ismail di Felda, Ijok.

Kesyukuran


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini menegaskan jentera parti akan terus diperkuat dari sekarang tanpa menunggu sehingga tiba pilihanraya umum (PRU) ke 14.

 



Katanya kejayaan Barisan Naslonal (BN) Larut pada PRU ke 13 yang baru adalah kerana semangat perpaduan yang kuat dikalangan ahli parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis kesyukuran ahli parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga timbalan menteri luar di bukit Bertam, Batu Kurau.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias, pegawai KEMAS daerah, Faridah Sailan, ketua wanita UMNO bahagian, Sawipah Yahya dan ketua puteri, Azariah Zainal Abidin.













Beliau berkata kejayaan BN Larut akan dipertahankan menjelang PRU 14.

Beliau berharap amanah yang diberikan rakyat dipikul dan dilaksana sebaik mungkin.