Template by:
Free Blog Templates

23 June 2013

Kesyukuran


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini menegaskan jentera parti akan terus diperkuat dari sekarang tanpa menunggu sehingga tiba pilihanraya umum (PRU) ke 14.

 



Katanya kejayaan Barisan Naslonal (BN) Larut pada PRU ke 13 yang baru adalah kerana semangat perpaduan yang kuat dikalangan ahli parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis kesyukuran ahli parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga timbalan menteri luar di bukit Bertam, Batu Kurau.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias, pegawai KEMAS daerah, Faridah Sailan, ketua wanita UMNO bahagian, Sawipah Yahya dan ketua puteri, Azariah Zainal Abidin.













Beliau berkata kejayaan BN Larut akan dipertahankan menjelang PRU 14.

Beliau berharap amanah yang diberikan rakyat dipikul dan dilaksana sebaik mungkin.

0 comments: