Template by:
Free Blog Templates

27 June 2013

Sukan sekolah


Ibubapa dan masyarakat diingat jangan mudah menunding jari kepada pengurusan sekolah jika prestasi sukan anak-anak mereka tidak cemerlang.

 





Ibubapa harus komitted dalam membantu memajukan industri sukan.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan kejohanan sukan tahunan sekolah kebangsaan sungai Jernih di Ulu Ijok, hari ini.

Guru besar sekolah, Zakaria Idris, ketua kampung, Jamaluddin Mat Isa, yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Mustapha Mat dan ketua UMNO cawangan kelian Gunung, Zulkifly turut hadir.

Katanya ibubapa jangan bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam bidang sukan kerana industri tersebut berkembang pesat dan mempunyai masa depan yang baik bagi mereka yang mahu menjadikannya sebagai karier.


















Bolasepak adalah contoh terdekat untuk dijadikan panduan kepada masyarakat malaysia yang berhasrat mengembangkan karier mereka.

Beliau berkata sukan sekolah adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baru.

0 comments: