Template by:
Free Blog Templates

31 July 2011

Kenduri kesyukuran






Menghadiri majlis makan tenghari bersama penduduk Kampung Bendang Luas, dekat Ijok sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan, Rosli bin Shamsuddin.

Ketua cawangan meninggal





Menziarah jenazah Allahyarham,Ahmad bin Mat Jali, 54 tahun iaitu Ketua UMNO Cawangan Batu 85 dalam Bahagian Larut yang meninggal Dunia malam semalam.

Saya sempat melawat Allahyarham ketika beliau pertama kali dirawat di Hospital Taiping. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak.

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Dendan selepas Zohor. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Alfatihah.

Surau









Umat Islam diseru menjadikan Mesjid dan Surau sebagai landasan terbaik untuk mewujudkan perpaduan ummah.

Justeru, jangan ada mana-mana pihak mencemarkan kesucian Mesjid dan Surau untuk kepentingan Politik mereka.

Ketika di Mesjid dan Surau, apa jua kefahaman politik harus diketepikan sebaliknya meletakan hasrat untuk mempupuk perpaduan ummah yang kukuh.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis Kesyukuran dan kenduri sempena menaik taraf Surau Al-Mardziah Pekan Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Selama, Mohd Redzuan bin Baharuddin, Wakil Pegawai Perpaduan Daerah Larut, Matang dan Selama, Abd. Kadar bin K. Sikintar Bacha, Ketua Kampung Tebing Tunggi, Azemi Sabran, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin, Pengerusi Surau, Haji Hithir bin Ramli dan Pengerusi Rukun Tetangga Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail.

Peruntukan sebanyak RM 150,000 telah diperolehi dari Menteri Kewangan kedua bagi menaik taraf Surau tersebut bagi kemudahan penduduk-penduduk di Kubu Gajah.

Selaku Wakil Rakyat Saya juga berharap, perpaduan Ummah harus diberikan keutamaan dalam mempastikan kesejahteraan dan keharmoniaan Negara, sekalipun ada perbezaan politik.

Sebarang perpecahan akan hanya merugikan rakyat dan Negara itu sendiri kerana ia akan menjejaskan kelancaran program pembangunan dan kemajuan.

Belia

















Para Belia harus tampil menyertai aktiviti yang boleh membantu menjadikan mereka sebagai masyarakat yang bertanggungjawab.

Mereka jangan anggap menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan Belia tidak mendatangkan faedah yang berguna.

Salah satu aktiviti yang boleh memberikan mereka displin ialah melalui aktiviti Seni mempertahankjan diri seperti Silat.

Saya berkata demikian ketika berucap di perjumpaan bersama Beliawanias yang menanggotai Persatuan Silat Gayung Patani di Pusat berkayak Kolam Pak Li di Kelian Tok Budi, Redang Panjang, Ijok tengahari tadi.

Kira-Kira 100 orang Beliawanis sekitar DUN Kubu Gajah di perjumpaan tersebut yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan lagi mereka dengan kegiatan seni mempertahankan diri.

Sebelum itu, satu persembahan silat telah diadakan oleh sepasang remaja yang telah lama menceburkan diri dalam silat gayung.

Saya percaya, dengan pembabitan remaja dalam aktiviti seumpama itu, mereka boleh dibentuk dan mudah untuk Kerajaan menyalurkan bantuan dan sokongan.

Serah borang UMNO




Ternyata ramai lagi yang ingin menyertai UMNO selepas peralaihan kuasa berubah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Parti.

Petang semalam, Saya menerima penyerahan borang menjadi ahli UMNO daripada Abu Hassan Shaari bin Omar, 55 tahun bersama keluarganya di Redang Panjang.

Warga emas




Melawat seorang warga emas yang uzur di Kampung Titi Ijok, dekat Kubu Gajah petang tadi. Beliau ialah Ariffin bin Nawi, 81 tahun,

Beliau tinggal bersama isterinya, Jamah binti Taib, 66 tahun. Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran.

9 sebelah












Di majlis penyampaian hadiah perlawanan Bola Sepak 9 sebelah di padang Majlis Daerah Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi yang menyakdikan pasukan Pantai Besar, Batu Kurau mucul Juara.

Pantai Besar mengalahkan Pasukan Banggol Bersama dengan lambungan syilin selepas kedua-dua pasukan terikar seri dalam masa perlawanan sebenar dan sepakan penalti.

Tempat Ketiga disandang oleh Pekan Ijok selepas mengalah Pasukan Kubu Gajah 1-0. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.