Template by:
Free Blog Templates

29 July 2011

Guru














Ibubapa dan Guru memainkan peranan besar dalam membangunkan masyarakat, walaupun berbeza tanggungjawab.


Jika Guru bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka di Sekolah, Ibubapa pula bertanggungjawab mengambil tahu apa yang dipelajari anak mereka ketika berada di rumah.

Justeru kedua-dua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam menentukan kemajuan pelajar-pelajar.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Program Bina Insan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kintan di Dewan Orangramai Kamung Jelai, Petang tadi.

Turut hadir ialah Pengiring Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Penghulu Batu Kurau, Tajuddin Haj Ismail, Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan dan Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar.

Ibubapa juga diingatkan agar tidak menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidikan anak-anak mereka kepada pengurusan sekolah tanpa mereka sendiri mengambil berat masalah yang dihadapi anak-anak mereka ketika di sekolah mahupun di luar.

Agak mengecewakan bila ada Ibubapa yang menyalahkah Kerajaan jika anak mereka gagal, tetapi mendabik dada bila anak mereka berjaya.

Dalam pada itu, bakal guru juga diseru agar tidak cerewet dan memilih tempat untuk mereka memulakan tugas, sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka di mana juga mereka ditempatkan.

Penduduk di Kampung begitu dahagakan sumbangan guru-guru yang berijazah untuk berkhidmat di tempat mereka kerana ia akan memberi dorongan dan semangat yang tinggi bagi meningkatkan mutu pendidikan.

Usaha Kementerian Pelajaran meletakan guru berijazah di Sekolah rendah membuktikan bahawa Kementerian mahu mengangkat martabat pendidikan peringkat sekolah rendah dan secara tidak langsung akan membakar semangat para pelajar.

0 comments: