11 July 2011
Masyarakat
Beramah mesra dengan masyarakat bukan Melayu di Redang Panjang ketika melawat ke situ petang tadi.
Turut sama ialah Ketua MCA Cawangan Redang Panjang, Teh Leong Hui, Pengerusi Tokong, Kiang Chiew Way dan Setiausaha PPP Redang Panjang, A. Nagapen.
Saya turut mendengar masalah yang dibangkit oleh mereka bagi tindakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Masalah elit kaum Cina mahukan lebih ramai dapat kerja di JPA dan masuk universiti dan biasiswa.
Masalah elit Melayu mahukan ramai CEO dan GM dalam syarikat yang disenaraikan di bursa.
Masalah semua kaum ialah yang berkaitan denga pengagihan kekayaan. Orang yang sama dapat tender dan lain2 bantuan kerajaan.
Sebagai contoh apabila pencen mereka yang sama dilantik sebagai senator atau duta atau lembaga pengarah. salah satu kenapa anak kita tidak dapat bekerja kerana orang pencen kita berikan gaji yang banyak dan mereka ini dilantik semula.
Kalau nak pilih orang Melayu pilihlah orang lain. Kalau nak pilih orang India pilihlah orang yang belum dapat apa2. Begitu juga Cina dan kaum2 lain hingga Foocheow dari di Serawak lebih kaya dari etnik Cina yang lain. Begitu juga per capita orang Ceylonese lebih tinggi dari kaum India yang lain.
Kalau boleh kerajaan cubalah bantu orang Cina atau India dari suku kaum yang lain dan yang miskin. Selalunya yang pandai berbahasa Inggeris lebih kaya daripada yang tidak boleh berbahasa Inggeris. Kerajaan hendaklah membantu lebih kepada mereka yang tak pandai berbahasa Inggeris, tak besar perut dun muka mereka berkilat kerana membanting tulang di waktu panas dan hanya menaiki basikal atau jalan kaki apabila menoreh getah.
Kalau pandai berbahasa Inggeris, perut buncit dan muka tidak berkilat selalunya adalah mereka dari golongan menengah. Ada juga mereka ini kumpulan katak, bila tak dapat meningkatkan kekayaan dalam barisan, mereka lompat parti atau mengata pemimpin BN. Selalunya mereka ini tiada ideology dan memegang prinsip MONEY IS MY GOD.
Malaysia satu hanya berjaya jika kerajaan mengenal pasti mereka ini dan membantu semua bangsa yang daif.
Sekian.
YMDS,
Yang saya hairan mangkin ramai orang India yang pergi sembahyang di kuil dan orang Melayu di Mssjid.
Tapi mangkin ramai yang curi ketol getah, buah kelapa sawit dan tali cable di tempat kita dan di kampung YMDS sendiri. Cuba turun padang lihat kelonsong cable ada merata2 tanah di keliling tanah ayahanda YMDS.
Baru2 ini kita kumpulkan profesor untuk menyatupadukan rakyat. Selagi yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin dan per capita orang India dan Cina lebih tinggi dari Melayu sampai bila pun rakyat kita tidak bersatu padu kerana mereka cemburu orang yang sama sahaja yang naik pangkat, mendapat kedudukan dan dapat kemudahan kerajaan.
Ramai kawan saya orang UMNO tapi tak bodek pemimpin, berkelulusan tinggi dan kelulusan mereka juga lebih kepada penghususan yang belum pernah dimiliki oleh orang lain. Ada mereka yang pandai buat business lebih daripada pengurusi Yayasan Sabah atau Presiden Petronas tapi mereka ini sudah tentu tidak terpilih. Ada orang Selama yang sangat terkenal di luar negara, malahan lebih daripada Mahathir sebelum menjadi PM tapi tidak terpilih. Mungkin kerana muka dia macam orang Pinang agaknya.
Oleh itu saya syorkan UMNO hendaklah ada data base orang Melayu yang tersohor di tempat masing2. Kalau tidak kita akam malu kepada orang Cina kerana menonjolkan orang Melayu yang tidak berapa terkenal )sebelum bergiat dalam politik) menjadi pemimpin pembangunan, terutama sekali dalam bidang pembangunan ekonomi dan perniagaa dan juga pertanian.
Kalau YMDS ada data base sudah tentu kita dapati orang Kubu Gajah/LMS ramai yang lebih baik dari orang Pulau Pangkor atau Ipoh, sebagai contoh. Tapi mereka ini tidak berada di Kubu Gajah (satu Malaysia/Dunia).
Kita pun tak malu mensyorkan orang Kubu Gajah yang tersohor menjadi pengurusi badan2 pembangunan di negeri Perak kerana yang ada sekarang saya lihat time management mereka amat slow.
Bayangkan lebuhraya Selama dan Jelapang belum nampak bayang lagi. Padahal di kawasan LMS ia lebih banyak dibina di hutan simpan dan di estet2 terutama sekali Sime Darby. Barangkali kita tidak ada masalah dengan Datuk Musa Hitam, pengurusi Sime Darby. Begitu juga Riverview, Boustead dan lain2. Apa yang susah sangat. Peruntukan pun pinjaman dari Sukuk.
Sepatutnya Lebuh raya ini hendaklah dipantau oleh mereka yang merancangnya tapi yang merancangnya mungkin tiada pengelaman walaupun mereka telah bekerja sebagai konsaltant. Yang mereka fikirkan ialah jalan keretapi Lumut-Ipoh hendak didahulukan jika boleh. Siapa ahli keluarga wakil rakyat kita yang hendak menaiki keretaipi ini? Kalau lebuh raya Selama-Jelapang sudah tentu saya gunakan 2 hari sekali dan YMDS akan menggunakannya tiap2 hari begitu juga wakil rakyat LMS dan Alor Pongsu. Kita mesti buat home work jika hendak buat jalan raya atau jalan keretapi. Tapi tak apalah munkin ahli Parlimen Lumut dan ADUN Pulau Pangkok nak naik keretapi ke IPOH selalu. Nampaknya begitulah.
Jalan susur keluar Matang Pasir pun hanya menjadi mimpi.
Saya rasa PRU 13 tak boleh lagi dijalankan kerana 2 projek ini belum lagi dimulakan dan MCA pun belum sedia. Mereka juga cuba menonjolkan calon yang tidak tersohor. Tentulah kita kalah YMDS. Perkara inilah yang kami (kumpulan tidak bodek pemimpin) susah hati hingga hari ini
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment