10 July 2011
Perpaduan
Perpaduan kaum di malaysia menjadi faktor utama negara aman dan sejahtera.
Rakyat tidak diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan propaganda mereka yang gemar menimbulkan huru-hara.
Perpaduan kaum dimalaysia menjadi lambang kemegahan rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa yang jarang terdapat di negara lain.
Saya berkata demikian ketika berucap merasmi dan menyampaikan hadiah program warga ceria anjuran jasa bersama Dun Kubu Gajah di padang Majlis daerah Kubu Gajah, tengah hari tadi.
Mereka yang melanggar undang-undang samalah umpama mereka yang tidak menghormati hak dan kepentingan rakyat pada keseluruhannya.
Cara menunjuk rasa tidak puas hati bukan dengan cara meletakkan undang-undang ditangan mereka sendiri
Kira-kira 500 peserta dari tujuh kampung mengambil bahagian dengan kumpulan Kubu Gajah muncul johan
Johan menerima seekor lembu manakala naib johan keseluruhan, Kumpulan Sungai Malau mendapat 80 ekor ayam.
Pegawai jasa, Hasbullah Haji Elias, pengerusi rukun tetangga Kubu Gajah Abdul Karim Ismail dan ketua kampung, Azemi Sabran turut hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS.
Salah satu sebab kenapa tiada perpaduan di kalangan Melayu ialah ada antara mereka (sebagai contoh dalam Barisan/UMNO) jika tidak dapat mengekalkan kedudukan atau menambah 'kekayaan' mulailah mereka melompat ke parti lain dan kemunkinan mereka inilah yang akan melancarkan demonstrasi kalau masih gagal untuk menumbangkan BN.
Sepatutnya mereka hendaklah menumbangkan pemimpin yang mereka tidak suka, bukanya menumbangkana BN/UMNO. Di kawasan kita semuanya suka UMNO tapi ramai mereka tak suka sebahagian daripada pemimpin UMNO. Sebab itu mereka masuk PAS.
UMNO hendaklah mempunyai ahli penyelidik yang berwibawa untuk menang kerana penyelidik politik sekarang tidak tahu sebab yang tersirat orang mereka lompat parti. Mereka hanya tahu sebab apa yang mereka ceritakan, bukan sebab yang sebenarnya.
Kenalpati pemimpin yang tidak disukai dan gunakan demokrasi menumbangkan mereka bukan menumbangkan UMNO/BN.
Apabila mereka tidak dapat sokongan hendak menjadi pemimpin dalam BN/UMNO mereka keluar UMNO/BN. Mereka tidak faham erti demokrasi yang sebenarnya.
Kalau kita lihat ketua demonstasi ramai mereka yang tidak miskin dan yang tertangkap selalunya adalah mereka yang ikut2tan sahaja. Pemimpin yang baling batu sorok tangan tidak ada dalam demonstrasi.
Perpaduan juga tidak tercapai jika mereka yang kaya akan bertambah kaya. Sebagai contoh sepatutnya mereka yang menjadi pengurusi syarikat FELDA yang baru disenaraikan baru2 ini hendaklah datangnya dari anak FELDA.
Kita megah ramai anak2 FELDA mempunyai kedudukan dan PHD tapi berapa ramaikah yang jadi CEO, GM dan President syarikat. Sepatutnya perkara inilah yang harus kita megahkan. Buat apa PHD. kalau gajibya tak sama dengan CEO Maybank atau CIMB, sebagai contoh.
Jesteru itu saya mahu YMDS naikkan taraf anak FELCRA Sungai Malau dan FELDA Bagan Baru. Lantik mereka jadi CEO di syarikat di mana YMDS jadi pengarahnya. Kalau tidak mereka sudah tentu menunggu subsidi/tender kerajaan sahaja atau masuk UMNO tidak ikhlas, hanya untuk dapat kepentingan.
Terima kasih
Post a Comment