Template by:
Free Blog Templates

28 July 2011

Kerugian







Jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Terus menghubunggi jalan Ulu Mengkuang telah lama siap, tetapi ganti rugi yang dituntut masih lagi belum selesai.

Justeru perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama pagi tadi.

Terdapat beberapa buah kolam ikan yang diusahakan oleh seorang penduduk di Kampung Teras, yang menanggung kerugian akibat pembinaan jalan yang menelan kos berjuta ringgit itu.

Saya telah meminta penjelasan dariapda pihak JKR mengenai gantirugi koma berkenaan setelah pembinaan jalan oleh kontrektor berkenaan siap.

Yang mengejutkan Saya apabila dimakumkan oleh pihak berkenaan bahawa tiada kolma ikan yang dibina di situ.

Lantas Saya menjemput Jurutera Daerah JKR, Mohd Sobri ke Kampung Teras untuk melihat sendiri kolam yang terbabit.

Sobri tiba tenghari tadi selepas selesai mesyuarat jawatankusa tindakan bersama seorang Pembantu beliau dan melihat sendiri tapak kolam yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam dan pemilik kolam berkenaan yang menyatakan hilang mata pencarian selepas kolam itu terbabit dengan pembinaan jalan tersebut.

Beliau enggana menyatakan jumlah kerugian, tetapi tetap mnenyatakan ia adalah banyak bagi dirinya dan mengucapkan terima kasih diatas lawatan tersebut.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Harun Rawin Saya turut membangkitkan masalah pembalakan yang menyebabkan ancaman kepada sungai-sungai di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah. Diantaranya ialah di sekitar Ijok.

Masalah keluarga miskin yang mempunyai ramai anak dan tinggal di Kampung Sungai Simpol di Ulu Ijok juga turut Saya bangkitkan.

0 comments: