Template by:
Free Blog Templates

18 July 2011

Puteri kemalangan




Menziarahi keluarga seorang ahli Puteri cawangan Pondok Quin dalam bahagian Larut yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya, pagi tadi.

Aisah Binti Shamsuddin, 28 tahun yang akan menikah tidak lama lagi terlibat dalam satu kemalngan bersama tunangnya dalam perjalanan balik ke Batu Kurau selepas menyertai satu pertandingan bowling di Taiping, Sabtu lalu.

Beliau yang telah berpisah dengan suaminya meninggal seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Turut hadir Ketua UMNO cawangan Pondok Quin, Anuar Bin Jaafar, Ketua Pemuda, Nor Azemi Yusof, Ketua kampung, Shahril Mohd Arif dan bendahari Puteri UMNO bahagian. Mazaa Tahir.

Sementara itu, tunang Allahyarhamah, Aishah yang mengalami kecederaan kini dorawat di hospital Taiping.

Selaku Ketua UMNO bahagian saya doakan semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang solleh.

0 comments: