Template by:
Free Blog Templates

20 July 2011

FELCRA











Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah oleh mereka yang cuba menidakkan kewibawaan agensi-angesi Kerajaan dalam melaksanakan prograrm pembangunan.


Agensi Kerajaan seperti FELCRA dan FELDA sesungguhnya telah banyak membantu memajukan pembukaana tanah dan ramai mereka dari golongan yang berpendapatan rendah menikmati perubahan selepas dipilih sebagai peneroka.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis mesra pemimpin bersama peserta serta pemyampaian dividen bagi tahun 2010 FELCRA Berhad kawasan Sungai Malau, pagi tadi.

Turut hadir Pengurus Besar FELCRA Wilayah,Mat Roni bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Haji Najmuddin Elias dan Pengurus FELCRA Sungai Malau, Razak Ibrahim.

Rakyat sebaliknya harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana bukan sahaja agensi yang dipertanggungjawab berjaya memajukan tanah-tanah yang diserahkan, tetapi mampu memulangkan hasil keuntungan kepada para peserta yang dipilih.

Saya juga berharap agar pengurusan FELCRA yang sentiasa turun ke padang bagi mengeratkan lagi silaturahim dan kemeseraan sambil melihat sendiri masalah para pesertanya.

Jika kemeseraan sentiasa dapat diwujudkan, Saya percaya tidak akan ada sebarang jurang perbezaan dan salah faham.

Saya turut menyampaikan replika cek dividen tahun 2010 bernilai Kira RM 500,ooo kepada wakil-wakil peserta FELCRA Gagasan Sungal Malau di perkarangan Pejabat FELCRA Sungai Malau.

Lebih19,000 peserta seluruh Perak menerima dividen 2010 berjumlah RM 58 juta yang melibatkan kawsan seluas 48,000 hektar.

Lebih 200 orang peserta FELCRA hadir di majlis tersebut yang diadakan menjelang sambutan bulan Ramadan tidak lama lagi.

0 comments: