Template by:
Free Blog Templates

31 July 2011

Belia

















Para Belia harus tampil menyertai aktiviti yang boleh membantu menjadikan mereka sebagai masyarakat yang bertanggungjawab.

Mereka jangan anggap menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan Belia tidak mendatangkan faedah yang berguna.

Salah satu aktiviti yang boleh memberikan mereka displin ialah melalui aktiviti Seni mempertahankjan diri seperti Silat.

Saya berkata demikian ketika berucap di perjumpaan bersama Beliawanias yang menanggotai Persatuan Silat Gayung Patani di Pusat berkayak Kolam Pak Li di Kelian Tok Budi, Redang Panjang, Ijok tengahari tadi.

Kira-Kira 100 orang Beliawanis sekitar DUN Kubu Gajah di perjumpaan tersebut yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan lagi mereka dengan kegiatan seni mempertahankan diri.

Sebelum itu, satu persembahan silat telah diadakan oleh sepasang remaja yang telah lama menceburkan diri dalam silat gayung.

Saya percaya, dengan pembabitan remaja dalam aktiviti seumpama itu, mereka boleh dibentuk dan mudah untuk Kerajaan menyalurkan bantuan dan sokongan.

0 comments: