13 July 2011
Tanah
Menghadiri mesyuarat tanah daerah di pejabat tanah Selama, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan pegawai daerah Larut, Matang dan Selama, Haji Harun Rawi membincangkan masalah tanah.
Turut hadir ketua penolong pegawai daerah Selama, Haji Yusop Abustan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Masalah tanah sama saja dari sejak zaman Datuk Husein lagi.
Saya rasa Pegawai Daerah hingga kepada SO atau raja tanah perlu MEREFLEKSI kembali dan menyoal kenapa tanah saudara mara mereka tidak diusahakan.
Yang sebenarnya tak perlu lagi meja bulat, mesyuarat sana sini.
Semua orang kampung tahu tanah terbiar disebabkan haiwan perosak, berpaya. berkongsi, tidak ambil kuasa dll. Orang sengkek pun tahu masalah tanah.
Kita suruh UDA memajukan tanah orang Melayu di Majlis perbendaran pun tidak berjaya atas alasan Malay Reserve. Kalau Malay Reserve buatlah rumah orang Melayu sahaja. Tanah Pak Cat Kubu Gajah pun habis lingkup tak berketahuan. Orang Melayu yang dahulunya paling kaya di Selama pun tak boleh buat apa2 kerana tak ada UDA di sana.
Sepatutnya juga DO dll perlu bekerjasama dengan tauke estate untuk membina tanah terbiar jika kerajaan tidak dapat berbuat apa2.
Saya mensyorkan KPI DO hendaklah berdasarkan bilangan lot tanah yang telah diusahakan. Mereka hanya naik pangkat jika sekurang2nya tanah terbiar 10% diusahakan.
Selagi KPI DO dibuat berdasarkan 5 mata Skala Likert selagi itulah tanah kita akan terbiar. Penilaian KPI hendaklah dilaksanakan berdasarkan kuantiti/kualiti produk atau hasil yang diusahakan.
Kalau tidak kita berbuat demikian habislah duit kerajaan untuk claim mereka yang bermesyuarat tapi wal hasil balik hasal.
Lagi satu kalau setuju cakap DO dan wakil rakyat sahaja tak perlulah bermesyuarat. Kita bermesyuarat jika DO dan wakil rakyat tak boleh buat apa2.
Peranan wakil rakyat ialah mengubah dasar dan undang2. Cuba lihat undang2 perhilitan tentang babi dan kera. Patut perkara ini yang dibahaskan bukannya Mat Sabu atau Menteri Besar sebelum Dr. Zambery. Cuba lihat peranan (by-laws) UDA. Adakah mereka nak cari untung. Cuba lihat beza harga CPO dengan buah kelapa sawit.
Cuba lihat water content antara getah yang saya jual dengan getah yang dijual peraih.
Datuk Hamzah hendaklah menilai banyak mana cukai diperoleh hasil daripada pengeluaran hasil getah (sarung tangat, kondom tayar dll), balak (perabut) buah kelapa (minyak) dari LMS. Sepatutnya KPInya haruslah berdasarkan jumlah cukai yang hendak dikutip. Jika belipat ganda lantiklah beliu jadu meneteri penuh.
Perkara beginilah yang saya maksudkan pencapaian diutamakan. Bukan pass universiti atau dari Harvard dan Cambridge atau 10 distinction. Kita tak mahu otak macam orang Cina.Kita mahu produk bukan distinctions sana sini. Lihat orang Vietnam di Balakong buat perabut sungguh cantik.
Kalau pass Oxford tapi cukai tak bertamba blueprint dalam perancangan. Kalau orang tak pandai tulis proposal macam mana Sukuk nak bagi pinjam wang nak bina lebuhraya Jelapang Selama.
Selalunya projek tidak lengkap kerana bluprint tidak lengkap dan perbelanjaan yang dicadangkan terlalu tinggi. Kita takut PLUS beli racun rumput 50 ringgit segelen tapi saya beli 30 ringgit segelen atas jenama yang sama. Orang buat proposal ini mestilah juga yang lulus kosting. Kalau tak lulus kosting kerajaan Barisan akan jadi bankerap. Kalau dia pass kosting kita boleh jimat hampir setengah harga. terus alat sains dari India dan harganya sangat murah
Sebab itu perbendaharaan banyak potong peruntukan dalam proposal tapi mereka tak pantau claim department. Macam berniaga atas angin saja tugas mereka atau management by remote control. Kalau remote control nampaknya seperti saya beli tong pencyembur racun 80 ringgit, manakala kerajaan membelinya 95 ringgit (jenama yang sama). Macam mana kerajaan nak jimat. Saya beli buku 40% less dan sekolah hanya 10%less. Lagi banyak beli lagi banyak potongan. Bayangkan ada hanya lima tingkatan lima saya sudah dapat 30% less tapi kalau kerajaan hanya 10%.
Sekian untuk makluman YMDS
YMDS.
Kalau kita mesyuarat dengan RISDA masalanya sama saja. Begitu juga dengan agensi2 yang lain.
RISDA tak ada getah tak boleh tanam getah.
Vertiner : Tak ada pagar tak boleh dapat lembu
Seterusnya perhilitan dll. Kera dan babi hutan haiwan peliharaan mereka.
Tali Air; Susah hendak dapat persetujuan.
Mesyuarat sajalah dengan sesiapa pun masalahnya serupa sahaja.
Kita mahulah juga belajar menyelidik menggunakan teknik REFLEKSI untuk menjimatkan masa dan wang. Kajian Tepok dada tanya selira sangat menjimatkan kewangan. Sebagai contoh cuba tanya, kenapa tanah YMDS terbiar. Kalau kita salahkan agensi kerajaan tukarlah syarat2 yang termaktub. Tapi dalam demokrasi ramai yang mungkin tidak setuju.
Kalau buat kolam ikan memmberang datang. Tanam rambutan kera datang. Saya pun boleh merefleksi bagi YMDS. Tapi WHAT CAN WE DO kata orang putih SO WHAT. Saya tahu MB kita sangat familiar dengan SO WHAT? kerana beliau dari Temple Universiti. Dunia moden sekarang kita tak mahu lagi mereka yang pandai ceritakan masalah tapi kita hanya bermesyuarat dengan mereka yang boleh menyelesaikan masalah. Problem sudah tersurat dari sejak Datuk Haji Hussein lagi. Jika orang Melayu tak dapat mengerjakan tanah mereka mereka jual cara ali baba sudah baba mengerjakannya mereka juallah pula ke zamindar Melayu.
Bila lembu sentisa merosakkan tanaman saya saya terus jual tanah saya. Penjualan tanah sangat berleluasa. Kalau mereka dapat geran mereka mulailah menjualnya.
Sebab itu banyak kampung yang sunyi kerana tanah habis dijual kepada orang yang sama iaitu orang yang boleh buat jalan leterite hingga ke pedalaman.
Kesimpulannya adalah masalahnya sama saja. Macam mana nak stop mereka jual tanah? Semua tak boleh jawab. Itu hak mereka biarlah kepada mereka.
Kita mesti buat undang2 supaya bapa hanya boleh menjual tanah kurnia (dari kerajaan) kepada anaknya atau pun cucunya jika ia tidak beranak.
Saya berhenti kerja kerana sentiasa banyak mesyuarat (think thank) diadakan tapi tiada pekerja atau gurgha yang hendak bekerja walau pun ada wang.
Lagi satu semua ikut kata pengurusi. Kalau begitu tak payah panggil saya bermesyuarat kalau keputusan ditentukan pengurusi.
Saya lihat di TV kita banyak ada meja bulat. Saya kenal sesetengah mereka yang ada meninggalkan tanah mereka terbiar begitu saja. Tak mahu kerja asyik sembang meja bulat. Kalau di kampung kita katakan sembang kedai kopi. Asyik sembang saja, tapi jadi AJK pun tidak terpilih. Bini sudah tunggu ikan untuk dipesiang. Nasi lemak sarapan pagi pun tak sampai walaupun telah dijanjikan untuk dibeli.
Saya pun macam sembang kedai kopi tapi saya sudah siap meracun rumput. Terima kasih kerana sudi mendengar pendapat saya.
Post a Comment