Template by:
Free Blog Templates

9 July 2011

Perkhemahan








Para Pelajar diingatkan bahawa mereka tidak harus menyerahkan segala tanggungjawab kepada Guru untuk mencapai kejayaan, tanpa mereka sendiri berusaha gigih melakukannya.

Pelajar yang malas dan selalu ponteng akan kecewa bila mereka mulai sedar setelah mereka ditinggal jauh oleh rakan-rakan yang lain.

Justeru, jadikanlah Pelajaran itu sebagai modal untuk masa depan sepertimana kata perpatah Berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.

Saya berkata demikian di majlis pertemuan dengan 102 orang pelajar Sekolah Modal Khas Redang Panjang yang sedang berkhemah selama tiga hari dua malam di Pusat Perkelahan Lata Panggung di Kampung Teras, Ijok malam tadi bersama guru-guru mereka.

Saya juga berharap Sekolah tersebut yang merupakan satu-satunya di Perak akan berusaha untuk meningkatkan pencapaian Pelajar dan menjadi contoh kepada Sekolah-Sekolah yang lain.

0 comments: