1 July 2011
TPM-Melawat Perak
Menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yassin di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh malam ini yang akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perak, besok.
Turut berada di Lapangan Terbang yang sedang dibaiki itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Anggota Exco Kerajaan Negeri.
Tan Sri Muhyddin walaupun baru kembali dari lawatan ke Luar Negara dan masih dalam keadaan keletihan, namun masih mampu melemparkan senyuman dan berbual mesra dengan para pemimpin sebelum berlepas ke Taiping untuk lawatan sehari.
Timbalan Perdana Menteri mempunyai acara yang padat sepanjang sehari besok termasuk pelancaran sukan 1 pelajar dan perhimpunan serentak di seluruh Malaysia.
Beliau juga dijadualkan menemui masyarakat Cina di kawasan Dewan Negeri (DUN) Pokok Asam dalam Parlimen Taiping dan Penduduk di Taman Kaya dalam Parlimen Bukit Gantang.
Beliau yang akan diiringgi oleh Dr Zambry kemudian akan berlepas ke Parlimen Bagan Serai untuk menemui rakyat di DUN Alor Pongsu, bersebelahan DUN Kubu Gajah.
Timbalan Perdana Menteri, kemudian akan berlepas ke Ipoh untuk satu lagi acara bertemu masyarakat kaum Sikh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya harap jalan sususr keluar Matang Pasir akan dibina setelah TPM melawat Alor Pongsu.
Begitu juga status kajian kemunkinan Briah dijadikan lapangan terbang pun sepatutnya dimasukkan beritanya di Perak To-day.
Saya masih takut kita asyik berpolitik hingga kita lupa tentang pembangunan.
Sekian. Terima Kasih
Post a Comment