Template by:
Free Blog Templates

7 July 2011

bengkel





Semakin ramai kaum wanita termasuk Ibu Tunggal yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Salam seorang daripada mereka ialah Mariatul Kiftiah binti Haji Abd Rahman, 60 tahun. Ibu Tunggal yang menjalankan perniagaan buah julu Kemboja.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Larut begitu gembira kerana dapat menjalankan perniagaan itu di sebuah bengkel yang dibina di perkarangan rumahnya di Kampung Tersusun Kubu Gajah.

Saya meninjau sendiri bengkel tersebut dan setakat ini Maritul yang lebih dikenali sebagai Mak Su Maria telah menerima sumbangan berupa mesin dan peralatan lain bernilai kira-kira RM 12,000 dari KEMAS.

Setakat ini, beliau mampu menghasilkan sekitar tiga kilo buah hulu Kemboja sehari dan berharap untuk mendapatkan sebuah mesin bagi memproses mee dan kerepek pisang.

0 comments: