Template by:
Free Blog Templates

21 July 2011

KEMAS










Masyarakat diingatkan agar jangan memandang rendah kelas tadika KEMAS.

Sebaliknya mereka harus berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kelas tadika untuk meringankan bebanan ibubapa.

Saya berkata demikian ketika merasmikan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah sukan tadika KEMAS peringkat Dun Kubu Gajah di padang Majlis daerah Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Saihan, ketua kampung, Azemi Sabran dan pengerusi rukun tetangga Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail.

Ibubapa dan penjaga juga diharap agar jangan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pengurusan KEMAS semata-mata.

Ibubapa haruslah juga melihat perkembangan anak-anak mereka kerana kasih sayang mereka amatlah penting.

Melalui tadika juga boleh mencungkil bakat-bakat baru untuk ditengahkan bagi persediaan masa depan negara.

0 comments: