Template by:
Free Blog Templates

4 July 2011

Ketua Kampung Menerima Rawatan







Gara-Gara digigit pacat, Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkiefli bin Mohamed, 65 tahun, terpaksa dimasukan ke Hospital Taiping.

Jumaat lalu, Zaulkifli bersama Saya melawat sebatang sungai di Sungai Segar yang sering menjadi ancaman banjir di sekitar Kampung berkenaan dan juga tanaman di kawasan yang berhampiran.

Beliau pula sedang mengalami penmyakit kencing manis. Akibat daripada kejadian itu, Zulkifli terpaksa dimasukan ke Hospital Taiping Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan.

Dalam lawatan itu Saya sempat berbuat dengan beliau dan menasihatkan agar beliau berihat dahulu sehingga sembuh sepenuhnya untuk kembali mejalankan tugas harian.

Zulkifli yang Saya kenali adalah seorang Ketua Kampung yang didikasi dan amat dihormati oleh penduduk sekitar Sungai Segar dan Bagan Baharu serta kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Saya juga melawat seorang pelajar Tingkatan 1 dari Selama yang dirawat di Hospital kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Siti Norshafira binti Rosli, 13 tahun yang ditemani Ibunya, berusia 55 tahun, seorang kakitangan Hospital Selama.

0 comments: