Template by:
Free Blog Templates

1 July 2011

Perhubungan UMNO





Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Perak petang tadi yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada mesyuarat tertutup yang dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian turut membincangkan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO ke Perak dalam program turun ke padang besok.

Dalam lawatan sehari suntuk itu, Tan Sri Muhyddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan berada di Taiping untuk melancarkan 1 sukan satu pelajar dan perhimpunan serentak 1 Malaysia seluruh Negara.

Timbalan Perdana Menteri juga akan melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu dalam kawasan Parlimen Bagan Serai sebelum betolak balik ke Ipoh untuk menemui masyarakat kaum Sikh.

Dr Zambry adalah diantara tetamu yang akan hadir selain Ketua-Ketua Bahagian dan komponen Parti Barisan Nasional.

0 comments: