Template by:
Free Blog Templates

3 July 2011

Ketua Kampung Bedah






Melawat bekas Ketua Kampung Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, Haji Mutalib bin Mat Dom selepas menjalani pembedahan di rumahnya, petang tadi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan RTBK menjalani pembedahan di Hospital Taiping. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Ismail Hashim.

Saya juga melawat seorang peneroka RTBK, Ismail bin Murad, 62 tahun yang terlantar sakit di rumahnya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat ramai penyokong UMNO masih mengundi mereka yang sakit/uzur menjadi ketua kampung dan ketua Cawangan UMNO.

Boleh tidak YMDS 'educate' mereka memilih pemimpin yang sihat walaupun diperingkat kampung sekalipun untuk menjadi ketua kampung dan ketua cawangan.

Kita memang memilih cara demokrasi tapi rakyat masih suka memilih mereka yang retorik tapi tidak dapat menyelesaikan masalah kampung.

Kalau kita lihat 'alignment' seseorang tak betul elakkanlah mencalonkannya untuk menjadi pemimpin.

Dalam pengelaman saya orang begini selalunya suka medelagasikan kerja2nya (suruh orang lain).Mereka hanya pandai berretorik sahaja

Akhir2nya banyak AJK (delegasi) yang tidak aktif terhasil. Mereka asyik mendengar laporan AJK tapi tak tahu apa sebenarnya terjadi di lapangan seperti pencuri kabel,ketol dan kelapa sawit.

Harga getah dan kelapa sawit ikut sesuka hati pembeli menentukan harga.

Sebagai contoh harga getah bertukar pada waktu tengah hari. Jika harga getah naik pada tengah hari dan turun sebelum tengah hari harga yang diberikan kepada saya masih mengikit harga sebelum tengah hari. Sebelum menjual saya lihat internet. Tapi pembeli getah ingat saya masih BODOH.

Kalau saya jual kelapa sawit dengan tandannya dan ditambah dengan seguni yang relai mereka berikan harga lerai kepada saya (harga 'pencuri' konon). Bezanya 10 sen sekilo. MPOB mahukan yang masak. Kalau yang masuk tentulah yang relai yang banyak.

MPOB akan mendenda mereka yang menjual buah tak masak jika mereka kedapatan.

Banyak masalah kampung. Hanya orang rajin sahaja yang dapat mengatasinya. Kalau Ketua Kampung hanya kumpul maklumat dari kedai kopi masalahh pencuri, ekonomi malahan politik juga akan tidak dapat diatasi. Kerja sekarang amat mencabar. Kita tidak boleh lagi duduk di Ipoh dan lambai2 tangan di Kubu Gajah. Zaman Dato Hj. Hussein bolehlah buat begitu.

Sekian. Terima Kasih