3 July 2011
PenerokaTerkejut Cukai Tanah
Seorang peneroka di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK), Halideh bin Abas, 59 tahun mengadu kerana terpaksa membayar cukai tanah kediaman lebih RM 300.
Ketika ditemui di RTBK, beliau mengadu sebelum ini, beliau cuma membayar RM6, tetapi semenjak tahun 2006 ia melonjak naik hingga ke RM 300.
Kira-kira 76 orang peneroka di rancangan tanah belia itu yang terlibat dan diauki sendiri oleh Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim yang juga terpaksa membayar cukai dengan nilai yang sama.
Luas tapak rumah mereka ialah suku ekar.
Mereka keliru apa kah cukai itu merupajan cukai bangunan atau kediaman. Justeru mereka berharap perkara itu dapat diselesaikan.
Urusan tanah peneroka RTBK adalah di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Daerah Kerian. Saya akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut daripada pihak berkenaan bagi merelaikan kekeliruan yang dihadapi oleh peneroka terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya harap cukai tanah kediaman kampung terssusun dan tanah tapak rumah kurnia yang lain yang tidak ada rumah di dalamnya hendaklah dicukai lebih banyak/tinggi lagi supaya mereka membina rimah didalamnya dengan segera.
Pekan Kubu Gajah akan membangun jika mereka yang mendapat tanah tapak rumah kampung tersusun membina rumah mereka di situ.
Tapi saya SEDIH melihat kerana mereka yang dapat tanah kampung tersusun ialah mereka yang TAMAK dan kerajaan pula tidak boleh buat apa2. Jika kita katakan orang pejabat tanah juga terlibat mereka marah.
Selalunya pengelaman saya menunjukkan jika ada mereka yang mendapat tanah hanya berdiam diri ialah dari mereka (atau saudara mara) yang datangnya dari pejabat tanah. Kalaulah begini terjadi sampai bila pun kita tidak dapat menaikan cukai tanah tapak rumah yang kosong. Begitu juga untuk memajukannya.
Sekian
Post a Comment