Template by:
Free Blog Templates

31 July 2011

Surau









Umat Islam diseru menjadikan Mesjid dan Surau sebagai landasan terbaik untuk mewujudkan perpaduan ummah.

Justeru, jangan ada mana-mana pihak mencemarkan kesucian Mesjid dan Surau untuk kepentingan Politik mereka.

Ketika di Mesjid dan Surau, apa jua kefahaman politik harus diketepikan sebaliknya meletakan hasrat untuk mempupuk perpaduan ummah yang kukuh.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis Kesyukuran dan kenduri sempena menaik taraf Surau Al-Mardziah Pekan Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Selama, Mohd Redzuan bin Baharuddin, Wakil Pegawai Perpaduan Daerah Larut, Matang dan Selama, Abd. Kadar bin K. Sikintar Bacha, Ketua Kampung Tebing Tunggi, Azemi Sabran, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin, Pengerusi Surau, Haji Hithir bin Ramli dan Pengerusi Rukun Tetangga Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail.

Peruntukan sebanyak RM 150,000 telah diperolehi dari Menteri Kewangan kedua bagi menaik taraf Surau tersebut bagi kemudahan penduduk-penduduk di Kubu Gajah.

Selaku Wakil Rakyat Saya juga berharap, perpaduan Ummah harus diberikan keutamaan dalam mempastikan kesejahteraan dan keharmoniaan Negara, sekalipun ada perbezaan politik.

Sebarang perpecahan akan hanya merugikan rakyat dan Negara itu sendiri kerana ia akan menjejaskan kelancaran program pembangunan dan kemajuan.

0 comments: