12 July 2011
Kerusi Elektrik
Bantuan kebajikan kepada rakyat menjadi petanda bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.
Begitupun, Masyarakat diingatkan agar tidak menyalahgunakan segala pemberian dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini adalah kerana segala perbelanjaan JKM itu adalah wang rakyat, Kata Saya dalama ucapana di majlis penyampaian Kerusi Roda Elektrik bernilai RM 4,800 kepada peneroka peringkat 1, FELDA Ijok, Alang Yahaya bin Razali, 58 tahun, tengahari tadi.
Turut hadir Timbalan Pegawai JKM Daerah Larut, Matang adan Selama, Norazazilah binti Mohd Fauzi, Pegawai JKM Selama, Norafni Zuraidah binti Hamid dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Sukur bin Jaman.
Saya juga meminta agar JKM dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa bekerjasama dan selaras setiap penerima bantuan agar tidak berlaku pertindihan dan mereka yang sama yang menerima setiap bantuan.
JKKK juga diminta agar mempunyai pengkalan data mengenai setiap rakyat yang memerluan bantuan daripada JKM dan segera bertindak menyenaraikan nama mereka agar tidak ketinggalan.
Alang Yahya begitu terharu menerima sumbangan JKM itu dan amat berterima kasih kepada Kerajaan dan berharap kemudahan kerusi roda itu akan memeberi semangat baru kepada beliau untuk menyumbang kepada masyarakat.
Beliau begitu terkenal di kalangan masyarakat FELDA yang kerana sentiasa memberi buah fikiran bagi kebaikan masyarakat di situ.
Bersempana dengan penyampaian kerusi roda tersebut, satu majlis kesyukuran dengan jamuan nasi telah diadakan di perkarangan rumah Alang Yahya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bantuan betindih boleh diatasi jika semuanya disalurkan melalui ketua kampung yang sama tapi kalau mereka dapat tandatangan dari pihak yang lain kemunkinan bantuan menjadi bertindih.
Lagi satu ialah jawatan bertindih diberikan kepada ketua UMNO yang sama atas alasan mereka dipilih kerana berdasarkan undian. Tapi yang mecalonkannya selalunya menggambarkan keupayaan orang yang dicalonkan. Misalnya hendak memilih ketua kampung carilah orang penderma atau rajin membatu (menderma kederat)
Lagi satu orang yang sama mendapat kedudukan penting hingga ia tutup mata. Misalnya sudah jadi wakil rakyat jadi pengurusi syarikat, sesudah itu jadi senator dan seterusnya jadi DUTA. Orang UMNO ada lebih 3 juta takkah orang yang sama diberi peluang mendapat kedudukan hingga ia pejam mata. Malahan yang lain ada yang lebih bijak daripada mereka jika dipilih jadi duta. Saya takut macam dahulu kala, yang tak pandai Arab jadi duta ke negeri Arab. Padahal ada beribu2 ahli UMNO yang pandai berbahasa Arab tidak dipilih. Susahlah kita hendak dapat pelaburan jika duta ke Rusia tak pandai berbahasa Rusia. Kenegara Gohetgostan tak pandai berbahasa Gohetgostan (Russian Independent Countries). Inilah yang saya maksudkan kejayaan diutamakan bukan dapat 12 A dalam SPM tapi perlu mengusai sekurang2nya bahasa Jawa kalau nak jadi duta di Jakarta dan Batak jika menjadi Counsilor di Medan. Ramai orang UMNO pandai cakap Batak tapi tidak dipilih jadi Conselor di Medan. Saya pun tak tahu macam mana hendak dapat Pelaburan jika orang pandai Inggeris tapi tak tahu bahasa Urdu di hantar ke India. Orang Tamil sedikit sahaja di Selatan India. Yang penting berbahasa Hindustan bila ke India. Misalnya Datuk Samy sangat sesuai jadi Counselo di Selatan India tapi tidak di New Delhi. Inilah yang saya maksudkan kejayaan diutamakan. Orang UMNO sekarang bukan zaman seperti dulu. Bahkan sekarang ini ada juga yang pandai berbahasa Afghans.
Kalau FDI hendak ditingkatkan pilihlah mereka yang boleh berbahasa negara yang mereka hendak dijadikan duta. Inggeris mana boleh pakai lagi sudah ketinggalan zaman. Di UK pun mereka mengajar 4 bahasa yang luas dipergunakan di Eropah kerana mereka berpendapat tidak ada lagi pekerjaan gaji yang 5 digit boleh didapati di UK kecuali rakyatnya bekerja dinegara lain. Kita pula nak panggil orang Malaysia balik. UK pula hendak 'menawan' dunia pekerjaan. Nampaknya kita terlambat, di UK ada GCSE kita masih SPM. PM kita pun hantar anak dia belajar GCSE/GCE,lebih kurang.
macam itulah.
Sekian.
Post a Comment