12 July 2011
Ketua Cawangan
Melawat Ketua UMNO Cawangan Batu 85, ahmad bin mat jali yang sedang dirawat di Hospital Taiping, tenghari tadi.
Beliau sebelum ini dimasukan ke Hospital Selama, sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Turut sama melawat beliau ialah Ketua UMNO Cawangan Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan Ketua UMNO Cawangan Padang Lalang, Zakaria Hamid.
Didoakan semoga beliau segera sembuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Sudah sampai masanya kita mendidik ahli UMNO supaya memilih ketua cawangan yang sihat di mesyuarat agong yang akan datang.
UMNO ada lebih tiga suku juta ahli. Saya hairan masih ramai ahli UMNO mencalonkan mereka yang sakit2 untuk menjadi ketua cawangan. Berilah mereka peluang berehat.
Kita ada 3 juta ahli yang sihat tapi kita asyik pilih orang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dll. mejadi pemimpin. Ada yang saya lihat berak pun melalui plastik masih dipilih untuk jadi pemimpin tinggi. Saya kesihan melihat mereka ini yang aligment pun tak betul semasa naik ke pentas tapi gembira dicalonkan menjadi pemimpin oleh ahli2 mereka yang kurang educated tentang politik pembangunan. Tukarlah paradigma mereka (terutama sekali Melayu) melalui pendidikan politik.
MB kita nampaknya mengutamakan pendidikan. Didiklah ahli UMNO supaya memilih pemimpin yang rajin bersih, sihat, ikhlas dan berintegriti.
Ramai betul ahli kita yang memilih mereka yang tidak ikhlas yakni bila mereka pencen mereka tidak lagi aktif jadi ahli UMNO. Sepatutnya mereka mesti aktif menjadi penesihat UMNO tapi hilang, duduk KL, Ipoh dan ada yang di Medan kahwin dengan orang sana. Mereka tak mahu langsung bantu memajukan Selama. Kita mesti ikhlas walaupun tidak terpilih tapi masih menghadiri perkahwinan.
Saya harap wakil rakyat kita yang dahulu harus selalu juga melawat orang sakit. Kalau majlis perkahwinan itu susahlah sedikit kerana yang memanggil YB selalannya yang kaki bodek. Bila YB pencen mereka tak panggil lagi. Politik membodek ini harus kita beri taklimat kepada ahli UMNO melalui biro Pendidikan, kalau tidak UMNO tidak lagi disegani parti2 lain. Parti lain juga ada budaya bodek membodek tapi UMNO hendaklah menasihatkan ahlinya supaya ikhlas menjadi ahli bukan untuk mendapat kedudukan dan subsidi melaui bodek membodek.
Kalau saya nak bodek YMDS hari ini juga saya dapat rumah mesra rakyat. Tapi keluarga kami bukan begitu. Kami malu hidup dengan subsidi dan bodek membodek.
Sekian untuk pengetahuan YMDS.
Post a Comment