3 July 2011
Media
Menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan Futsal antara Media Perak di Padang bawah, Taman DR, Ipoh, tenghari tadi.
Bernama Perak yang diketuai Zabidi Othman muncul juara pertandingan yang kali pertama dianjurkan Kelab Sukan Media Perak itu.
Naib Juara disandang oleh Berita Harian Ipoh manakala tempat ketiga Kumpulan Akhbar Utusan dan keempat RTM dan Kelima Akhbar Sinar Harian.
Zabidi yang juga Pemangku Pengerusi Kelab dan Ketua Biro Bernama, dipilih sebagai penjaring terbanyak dengan tujuh gol.
Anggota EXCO Kerajaan, Datuk Zainol Fadzi Haji Paharuddin turut bermain mewakili pasukan Sinar.
Pada majlis yang diadakan itu, Saya berkesempatan beramah mesra dan berkenalan dengan wakil-wakil Media termasuk dari stessyen TV tempatan, Astro dan Portal.
Ternyata media bukan sahaja menjadi penyampai maklumat dan pengritik, tetapi mereka juga turun turun ke padang dan merasai sama bagaimana, para atlit dan ahli sukan berhempas pulas memajukan industri tersebut.
Semua pasukan yang mengambil bahagian menerima hadiah dari Penganjur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment