Template by:
Free Blog Templates

30 September 2012

Jalan


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta setiap jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mempastikan mendapat kebenaran hitam putih terlebih dahulu daripada pemilik tanah sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.

Ini kerana beliau tidak mahu projek yang telah dirancang dan diluluskan, tetapi bila tiba untuk dilaksanakan ia menghadapi masalah kerana tidak mendapat izin pemilik berkenaan.

Akhirnya, kemudahan yang hendak disediakan oleh Kerajaan tidak dapat disempurnakan gara-gara halangan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika melawat kerja-kerja menaik taraf sebatang jalan di Kampung Sangkut di Ijok bernilai RM 30,000.






Turut hadir Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim. Projek jalan itu diubah selepas perlaksanaannya peringkat awal di Perkampungan Projek Rakyat Miskin (PPRT) di situ, tidak dapat dilaksanakan kerana keengganan pemilik tanah membenarkan jalan melalui tanah mereka.

Jika ini, berlaku jangan salahkan Kerajaan kerana peruntukan sudah diperolehi, tetapi disebabkan tanpa kerjasama pemilik tapak berkenaan projek seperti membina dewan, gelanggang badminton, futsal dan jalan tidak dapat dilaksanakan.






Pada masa dahulu, kelulusan pembinaan projek Kerajaan diatas tanah penduduk kebanyakan diperolehi secara lisan dan apabila mereka meninggal dunia ia akan menjadi masalah.

Bengkel



 Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa melawat sebuah bengkel kimpalan milik seorang pemuda di Kampung Changkat Larah dalam Parlimen Larut.

Beliau tertarik dengan usaha Pemuda berkenaan, Khairuniza bin Hashim,34 tahun yang bukan sahaja menjalankan perniagaan, tetapi melatih belia-belia di Kampung tersebut terutamanya bagi menimba pengalaman.

Beliau juga mengalu-galukan belia yang berkemahiran dalam bidang kimpalan untuk menyertai perniagaannya.







Khairuniza menerima banyak tempahan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berharap usaha Khairuniza itu mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Temptan (PBT) bagi membantu mengembangkan usahanya.









Turut hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi.

29 September 2012

Lawat



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa melawat isteri ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam, petang tadi.





 Ramlah Binti Mat Piah, 64 tahun patah tangan kerana terjatuh di bilik air rumahnya.








Turut hadir naib ketua UMNO bahagian Larut, Fauzi Kassim dan ketua kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim.

Ikatan


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menghadiri majlis kenduri kahwin anak lelaki anak ketua wanita UMNO cawangan Kelian Gunung, Ramlah Binti Othman.



Aizul Aizan Bin Abdul Ghani melansungkan perkahwinannya dengan Atiqah Binti Alias yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan.

 Turut mengitinggi ketua UMNO bahagian Larut, ialah naib ketua, Fauzi Kassim dan ketua kampung Sangkut, Haji Zan Kassim.










Didoakan semoga kedua-dua pasangan pengantin itu kekal hingga ke akhir hayat.

Lawat





Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa melawat bekas ketua wanita kampung Masjid yang sedang uzur.

Hajjah Rahmah Binti Ismail, 85 tahun kini berada dirumahnya di kampung Masjid.


Beliau yang pernah menjadi ketua wanita di era bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Haji Kamaruddin Mat Isa adalah seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.














Beliau begitu terharu diatas kunjungan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah.


Lawatan sakit





Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar seperti biasa ketika turun padang, meluangkan masa melawat penduduk.




Ketika singgah di Kampung Bangol Jerai di Ijok, beliau melawat seorang penduduk, Jamiliah binti Mat Lazim,34 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Beliau yang patah kaki, tinggal bersama dengan enam orang anaknya dan menumpang di rumah ibu.








Turut hadir Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Haji Mokhtar.