Template by:
Free Blog Templates

24 September 2012

Risda

Lebih 3,000 pekebun kecil akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik apabia risda membina bangunannya sendiri di Ijok tidak lama lagi.








Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal telah bersetuju dengan pembinaan bangunan tersebut selepas permohonan dimajukan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar baru-baru ini.

Risda telah memperolehi satu tapak seluas setengah ekar dan memperuntukkan sebanyak rm 500,000 bagi pembinaan bangunan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahamd Zainuddin telah melawat tapak cadangan bangunan tersebut yang terletak tidak jauh dari sungai Ijok hari ini bersama pegawai-pegawai Risda.















Jabatan parit dan saliran (JPS) akan di minta mengalih sungai tersebut kerana ia terlalu dekat dengan sungai.

Pada masa ini, Risda menyewa sebuah bangunan lama di pekan Ijok yang dijadikan pejabat.

 













 Pembinaan bangunan Risda itu juga selaras dengan program Kerajaan negeri manaik taraf pekan Ijok.














Turut hadir dalam lawatan tersebut pegawai Risda Selama, Ishak Ibrahim dan pegawai Risda Stesen Ijok, Zikri Ibrahim.

0 comments: