Template by:
Free Blog Templates

8 September 2012

Jamuan raya



Sambutan hariraya dan kemerdekaan merupakan pentas terbaik bagi mengeratkan silaturahim rakyat semua kaum di Malaysia, selain menyatakan rasa syukur diatas keamanan dan kesejahteraan negara.

Hari kemerdekaan dan hariraya disambut setahun sekali, justeru amat merugikan jika perayaan seumpama itu tidak disambut dengn penuh rasa megah mengikut sejarah ia amatlah merugikan.

Hari ulangtahun kebangsaan bukan pentas untuk menghina pemimpin atau melepaskan geram hingga memijak gambar Perdana Menteri.



Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dimajlis jamuan hariraya aidilfitri ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selama, Datuk Daud Yusop di Padang Bandaran Selama, pagi tadi.

Beliau kesal erbuatan biadap mereka yang memijak atau mempersedakan gambar pemimpin dan menganggapkan ia perbuatan yang tidak bermoral.



Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Adun Kubu Gajah menegaskan masyarakat di Malaysia tidak gemar dan menolak samasekali budaya ganas dan samseng kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak istimewa, veteran dan bekas anggota keselamatan serta pelajar tafiz.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar

0 comments: