Template by:
Free Blog Templates

26 September 2012

Jalan rosak





Sikap penduduk yang tidak mahu bekerjasama membenarkan tanah diambil menyebabkan projek baiki jalan kampung dibawah projek perumahan rakyat (PPRT) kampung Sangkut tidak boleh dilaksanakan.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata peruntukan kira-kira rm 30,000 telah diperolehi untuk kerja-kerja manaik taraf jalan tersebut, tetapi disebabkan masalah yang timbul ia tidak boleh dilaksanakan.

Disebabkan sikap penduduk yang tidak mahu bekerjasama itu, seramai lebih 120 orang penduduk menghadapi masalah perhubungan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerosakkan jalan akibat hakisan air terjun berhampiran di PPRT petang tadi.







Turut hadir ketua kampug Sangkut, Haji Mat Zan Kassim.

PPRT yang dibuka lebih 20 tahun lalu mempunyai sekitar 30 buah rumah merupakan satu-satunya projek terawal untuk rakyat miskin di parlimen Larut.







Masalah kerosakkan jalan disitu sering menjadi rungutan penduduk berkenaan, tetapi pada waktu yang sama tidak mendapat kerjasama daripada pemilik tanah.

0 comments: