Template by:
Free Blog Templates

10 September 2012

Aidilfitri



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang mengada jamuan Hariraya Aidilfitri hari ini, menyatakan rasa kesalnya jika ada pihak atau individu yang tidak mahu menggunakan kesempatan untuk berbaik-baik dalam bulan yang mulia itu.

Dalam tempuh sambutan Hariraya Aidilfitri ia adalah untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturahim dan bukan untuk berbalah atau bermusuh.

Jesteru, jika semangat bermaafan itu menjadi peganggan, masalah perpecahan di kalangan Masyarakat, terutama di antara Umat Islam, tidak akan berlaku.



Sambil menyatakan rasa kesalnya beliau tetap berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar perbuatan mereka yang suka berbalah itu tidak menggulangi perbuatan yang tidak bermoral dan ditegas oleh agama itu.

Peluang untuk bermaafan dalam sambutan Hariraya Aidilfitri ini hanya tiba setahun sekali dan rugi raysanya, jika kesempatan ini tidak diambil bagi mengeratkan Silaturahim.










Memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan itu merupakan satu budaya yang amat digalakan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara.

Jamuan Hariraya beliau kali ini amat meriah dengan kehadiran lebih 7,000 orang di majlis yang diadakan di Padang Bola Pekan Ijok dan di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusop yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut adalah diantara pemimpin tempatan yang hadir, selain dari komponen Barisan Nasional (BN).







Wartawan Sinar yang diketuai Pengarangnya, Najwa turut juga hadir dalam jamuan tersebut.

Para tetamu dihiburkan oleh artis-artis tempatan yang diketuai oleh Datuk AC Mizal.

1 comments:

Anonymous said...

Perbalahan berlaku kerana ramai nak jadi pemimpin tapi siapa jadi pemimpin pun, LMS masih ketinggalan jika dibandingkan dengan wilayah yang lain di negeri Perak disebabkan mereka tidak kreatif atau inovatif, masih memimpin seperti Allahyarham Ustaz Aziz.

Lagi satu sebab ialah orang kita tidak tahu konsep menang-menang.

Contohnya, elakkan mengaut semua anugrah kerajaan dan jika bela/ternak lembu jagalah lembu tersebut supaya jangan merosakkan tanaman orang lain kerana orang lain juga nak untung (menang).

Ada kawan saya sudah jadi pengarah syarikat tapi masih cemburu terhadap orang lain kerana dapat jadi pengarah syarikat yang lebih bergasi. Jadi mereka yang iri hati buka CAMP baru.

Sebagai contoh, hari ini dia berhenti jadi Senator hari ini juga dia buat cadangan (macam bantahan)kepada kerajaan munkin kerana dia tak dapat lagi tambah pendapatan.