Template by:
Free Blog Templates

12 September 2012

Bantuan rumah



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mencadangkan agar agensi Kerajaan seperti syarikat perumahan negara (SPN) menyediakan peruntukan khas untuk membantu program baiki rumah rakyat miskin.

Agensi berkenaan boleh juga melantik kontraktor kelas menjayakan program tersebut.

Terdapat amsih banyak permohonan bantuan baiki rumah miskin dikawasan luarbandar.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah rumah ibu tunggal di Kubu Gajah hari ini.

Halimah Binti Ahmad,48 tahun mempunyai enam orang yang masih bersekolah mohon bantuan membaiki bumbung rumah peninggalan arwah bapanya yang bocor.



Halimah bekerja buruh disebuah sekolah tidak mampu membiyai kos membaiki rumah beliau yang rosak itu.



Turut hadir ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

0 comments: