Template by:
Free Blog Templates

16 September 2012

Malaysia



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar percaya rakyat semua kaum menolak mana-mana pihak atau individu yang cuba merobek perpaduan yang dibina di negara ini.

Katanya kerana perpaduan kaum yang kuat itu jugaah bukan sahaja mendorong kepada keamanan dan kesejahteraan, tetapi ia menjadi benteng ketahanan nasional.

Negara akan roboh jika perpaduan kaum lemah dan rakyat berpecah belah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulangtahun hari Malaysia peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu gajah di padang majlis daerah kampung Masjid, Ijok pagi tadi.



Penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan ketua-ketua kampung diantara lebih 500 orang hadir.

Tambahnya, banyak negara lain yang cemburu dengan perpaduan pelbagai kaum yang Malaysia capai.

Justeru tidak ada dikalangan rakyat Malaysia cuba memecah belahkan perpaduan yang dibina.

Rakyat semua kaum harus bersyukur kerana negara telah berjaya mencapai 55 tahun kemerdekaan dan ulangtahun hari Malaysia dibawah kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.




Terdahulu kira-kira 10 kontigen mengambil bahagian dalam perarakan sejauh tiga kilometer.

1 comments:

Anonymous said...

Perpaduan kaum hanya tercapai apabila orang Malaysia tahu makna HAK dan asal usul Melayu, perlembagaan berdasarkan kehendak majoriti (demokrasi).

Dengan yang demikian kandungan mata pelajaran sejarah mestilah mengadungi konsp HAK, asal usul Melayu dan berapa juta orang Cina, India dan Melayu rugi semasa 13 Mei berlaku.

Sepatutnya Prof Emeritus Khoo Kay Kim ahli sejarahwan dan YB Lim Guan Eng membuat satu kajian berapa juta orang Cina habis semasa 13 Mei berlaku. Dan Utayakumar dan Prof Marimuthu mengkaji kerugian orang India

dan seterusnya presiden Berjasa dan Syed Hussein tentang kerugian orang Melayu.

Selagi jumlah kerugian tidak dijelaskan selagi itulah perkauman menjadi2.

Begitu juga asal usul orang Melayu
Adakah kita mahu semua negara kita di dunia ini kita yang punya kerana semua kita anak nabi Adam atau pun Gugusan Pulau2 Melayu hak Melayu.

Kalau kerajaan bantu sekapal duit pun kita susah nak bersatu kerana kita tidak tahu asal usul perlembagaan kita dengan tuntutan kemerdekaan.

Yang penting sekarang ialah kita perlu merapatkan jurang pendapatan antara Melayu, Antara Cina dan antara India itu sendiri.

Misalnya merapatkan jurang pndapatan antara raja gula dan cucu si Ah Seng di Kubu Gajah.

Merapatkan jurang antara tauke ASTRO dengan Angamuthu di Soon Lee EState dan jurang antara Tuan Syed Al Bukhari dengan cucu Pak Man Toyok di Tebing Tinggi.

Jurang ini diukur dengan INDEK GINNI bukannya PER CAPITA atau GNP.

Adakah kerajaan takut dengan INDEK GINNI kerana ia akan melemahkan GNP.

Itu kata ahli ekonomi tapi ahli sosiologi tidak berpendapat demikian.