Template by:
Free Blog Templates

14 September 2012

Sambutan



Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) digesa mengingatkan displin pelajar bagi menggelak mereka terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang.

Mereka masih muda dan mentah memerlukan banyak perhatian daripada pengurusan sekolah dan ibubapa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan merdeka raya sekolah kebangsaan Bagan Baharu, pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan mesin faks kepada sekolah yang diterima guru penolong kanan, Abu Samah Aliddin.



Katanya, sekolah adalah institusi yang sesuai membentuk displin pelajar, tetapi mestilah dari rebungnnya.

Jika displin pelajar kukuh, sukar bagi mana-mana dalang mempengaruhi mereka.



Beliau menegaskan pelajar-pelajar tempatan tidak perlu meniru budaya luar yang tidak sihat sebalik budaya ketimuran itu lebih indah.

1 comments:

Anonymous said...

Ramai cikgu yang masuk UMNO
Saya harap mereka memberi input kepada pelan pendidikan Malaysia yang baru dirancang

Ada dua perkara yang saya rasa tidak dapat membantu kanak2 miskin.

Pertama meritokrasi untuk memilih guru atau pun mana2 pekerjaan.

Kedua tentang Bahasa Inggeris.

Kebanyakan mereka yang memberi maklumbalas ialah mereka yang tak pernah miskin agaknya.

Meritokrasi berpaksikan apa yang kita perlu untuk memilih guru?

Kalau kita lihat Ava Gardner beliau memperkenalkan 8 jenis kebijaksanaan.

Berdasarkan pendapat beliau jika seorang calon guru dapat A atau A+ dalam mana2 pelajaran dan kredit dalam Bahasa Kebangsaan sudah mencukupi untuk masuk menjadi guru specialist mengajar dalam mata pelajaran yang mereka hanya dapat A atau A+ itu sahaja.

Tetapi elit Melayu sukakan mereka dapat banyak A tapi hanya lulus dalam bidang yang hendak diceburi dalam pengkhususan.

Tapi Gardner mahukan calon dapat A/A+ dalam bidang musik dan tidak memuaskan dalam mata pelajaran yang lain jika calon cikgu tersebut hendak jadi guru musik.

Tapi elit kita mahukan yang terbaik dalam semua mata pelajaran walaupun tidak mengambil mata pelajaran musik dalam SPM untuk jadi guru musik.

Gardner mahukan kelulusan yang terbaik dalam lukisan jika hendak jadi guru lukisan Tak guna guru dapat semua A tapi tak lulus dalam lukisan untuk jadi guru lukisan. Begitu juga Pendidikan Jasmani, Bahasa Tamil, Kadazan atau pun Iban.

Kesimpulannya, ialah meritokarasi berdasarkan definisi Gardner atau Kementerian Pendidikan yang kita hendak ketengahkan.

Tentang Bahasa Inggeris. Cuba tanya cikgu Abdullah Ismail di Bagan Baru rumah dekat sekolah.

Beliau belajar di sekolah Inggeris dari Primary school tapi tak guna pun bahasa Inggerisnya semasa beliau jadi askar kerana komunis tahu cakap Cina atau Melayu dan beliau menembak pun tak pakai komputer yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Saya sendiri belajar Bahasa Inggeris dari awal lagi tapi mengajar di sekolah Melayu.

Perkara ini sudah saya laporkan ke PM tapi barangkali secretarynya buangkan ke tong sampah agaknya.

Yang saya lihat elit Melayu mahukan anak mereka jadi excutive syarikat multinational.

Cuba YMDS bekerja di syarikat Prancis atau Jepun. Jepun tengok rajin. Perancis benci bahasa Inggeris.

Kalau nak jadi duta pun bolehkah orang LMS jadi duta? Tentu kena bodek sana sini. Kalau harap kelulusan saya rasa agak susah kalau tak bodek menteri luar negeri untuk jadi duta walaupun MSD.

Untuk jawatan yang prestij kita perlu bodek juga walaupun lulus cemerlang dari Oxford.

Masalah yang besar sekali kita suruh anak kita belajar hingga ke PHD. Cuba YMDS tanya bakal calon PAS bagi Selama di PRU 13. Begitu juga calon bakal Kubu Gajah.

Sejauhmana pelajaran yang beliau pelajari digunakan dalam kerjaya mereka?

Kita lulus perubatan tapi kita kerja politik kerajaan rugi 200 ribu biasiswa.

Saya harap Cigu Abu Samah hantarkanlah memorendom cepat2. Saya sudah hantar. Tak guna jadi UMNO kalau tidak memberi maklumbalas.