Template by:
Free Blog Templates

10 September 2012

Ukiran





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, tertarik dengan kreativiti seorang peneroka di FELDA, Ijok yang menghasil kayu-kayu lama untuk dijadikan ukiran.

Sulaiman bin Hassan, 60 tahun sudah lapan mengusahakan kayu-kayu cengal yang tidak diguna lagi bagi dijadikan samada tempat letak bunga, kerusi, meja dan apa sahaja yang sesuai mengikut bentuk sesabuah kayu berkenaan.


Mahu seribu daya, begitulah flasafah Sulaiman yang telah mengusahakan ukiran tersebut sejak lapan tahun yang lalu.

Hanya berbekalkan beberapa alat yang harganya tidak seberapa, beliau kini telah menghasilkan banyak ukiran dengan harga yang agak lumayan.



Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, selain Sulaiman,satu lagi usaha daripada kayu-kayu lama ialah di Kampung Teras juga dalam DUN Kubu Gajah yang dibuat secara berkelompok.



Sulaiman yang mengusahakan perniagaanya di rumah, berharap mendapatkan bantuan mana-mana pihak bagi memperluaskan usahanya itu.


Beliau akan mencadangkan kepada MARA untuk membantu Sulaiman memperkembangkan lagi perniagaanya hingga ke pasaran antarabangsa.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau MITI dapat bantu mengekspot kayu ukir beliau alangkah ada baiknya.

Saya lihat kayu2 ini diekspot dari Alor Pongsu dengan container ke luar negara.

Masalah kita yang sebenar ialah apabila kita hendak mengekspot sesuatu akhir2nya kita hanya dapat 10% yang lainnya dapat ke orang lain.

Sebab itu Hong Kong dan Singapura maju tanpa ada sesuatu.

Banyak barang kita jual ke Singapura dan lepas itu barang yang sama di ekspot ke negara lain. Munkin orang MITI juga asyik berpolitik.

Dua sebab yang saya lihat ialah disebabkan branding pacakaging. spesifikasi dan time management yang lemah pada kita.

Lagi satu kita latih orang kita dalam branding walaupun kita kaya kita tak mahu buat syarikat yang pengeluaran yang menggunakan apa yang disebutkan di atas seperti kemahuan dunia.

Kita tidak mahu kerja meancabar dan inovatif. Yang kita mahu hendak jadi Menteri sahaja walaupun kita tahu menteri Singapura lebih kaya kerana mereka pandai mengolah semula barangan Malaysia dan Indonesia untuk menggaji Menteri mereka (Singapura).

Anonymous said...

Kadang-kadang orang UMNO yang sabotaj UMNO ialah ada antara mereka yang tamak untuk kepentingan diri, bukan BN.

Bagi sesetengah orang sudah memadai bertapak hanya 2 penggal shaja.

Dalam 10 tahun sudah tentu ada orang Melayu yang lebih rajin dan pandai dari kita yang timbul.

Sebagai contoh saya lihat Sejarah intelektual Melayu.

Zaman 60an mereka lulus pengajian Melayu yang ramai jadi pemimpin.

Pada tahun 70an mereka ramai yang lulus Ekonomi'

Sepuluh tahun kemudian (dua penggal) orang Melayu mempunyai kelulusan yang kita belum pernah dengar specilisation mereka seperti Financial Analysis. aeroneutical Enginering,Costing dll.

Masalah Melayu sekarang ialah mereka (Melayu itu sendiri) tidak mengketengahkan Melayu 80an ini atas alasan tiada pengelaman.

Ada anak wakil rakyat (personal manager) kita yang pernah kerja di Philip Pulau Pinang pernah menumbuk majikannya kerana bila dia perkenalkan orang Melayu yang rajin boss dia kata dia tiada qualification.

Bila beliau hantar yang ada qualification boss dia kata tiada pengalaman.

Lama2 apa lagi DIA tumbuklah bossnya dan terus kena buang.

Inilah yang saya katakan hero Melayu.

Pada zaman 90an kita jangan ingat semua akauntant boleh menguntungkan syarikat. Tapi orang Melayu kata hanya Akauntant yang dapat menguntungkan syarikat.

Lima akauntant yang pegang sayarikat yang saya mempunyai syernya tidak untung2.

Saya pernah ikut kereta CEO yang rajin. Beliau asyik menalipon sepanjang masa perjalanan. TV keretanya hanya buka siaran business viz. Bila trouble shooting beliau bercamping di ladang. Tapi hanya lulus diploma dalam Business.Tidak Oxford atau Cambridge seperti FGV.


Inlah contoh Melayu yang dikatakan bekas anak wakil rakyat Selama.

Yang penting kita kerja macam kuda terbang. Jangan macam kura2.Apa guna Lt Colonel pass universiti kalau nak tembak monyet pun tak kena.

Cuba YMDS memburu dengan ADUN Batu Kurau.