Template by:
Free Blog Templates

22 September 2012

Maki hamun



Majoriti rakyat Malaysia menolak perbuatan Maki Hamun kerana ia bukan sahaja budaya yang baik, malah boleh mendatangkan perpecahan.






Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata Pemimpin yang disukai adalah mereka yang berhemah dan mempunyai idea.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan makan malam sempena samabutan Hari Ulangtahun Malaysia.

ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusop yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut  adalah diantara mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Sekolah Menengah Datuk Hussein.












Sebagai sebuah Negara yang terdiri dari pelbai kaum, perpaduan amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.

Mereka yang mencetuskan api perkauman harus ditolak habis-habisan dan jika Negara ini kembali sebagaimana peristiwa hitam 13 Mei 1969 Negara bukan sahaja tidak stabil bahkan ekonomi juga terancam.












Bagi mempastikan kesejahteraan rakyat terus dicapai, pembangunan yang seimbang perlu dilaksanakan di kawasan-kawasan yang kurang maju.












Justeru, Kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga memberikan perhatian untuk memajukan kawasan di luar Lembah Kintan.




Pekan-Pekan kecil seperti Ijok, Kubu Gajah dan Batu Kurau adalah dalam program 14 buah pekan kecil di Perak yang akan dinaikan taraf.

0 comments: