Template by:
Free Blog Templates

11 September 2012

Pemuda



Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menggesa ahli-ahli pemuda untuk terus memainkan peranan penting dalam menguatkan jentera Parti menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, menegaskan, Pemuda UMNO adalah sayap penting parti jika tidak masakan ia ditubuhkan.

Kekuatan jentera parti juga bergantung kepada Pemuda dan mereka haruslah bersedia untuk menghadapi tugas yang penting ini pada PRU ke 13.

Beliau berkata demikian ketika berucap meresmikan persidangan agung Pemuda UMNO Bahagian Larut di Dewan Serbaguna Bagan Baharu, petang tadi.



Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Daud Yusop yang juga ADUN Selama, ADUN Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Annuar Ariffin.

Katanya, Pemuda tidak harus menganggapkan bahawa mereka sekadar pelapis dan tidak mempunyai tanggung penting dalam parti.





Beliau yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian berharap pemuda bersatu bagi menjamin kekuatan dan kemantapan parti.

Elakan berbalah kerana ia akan menjadi punca kelemahan parti dan jika keadaan ini terus dibiarkan, UMNO yang akan menanggung padahnya.

2 comments:

Anonymous said...

Plan Pendidikan sudah dikeluarkan tapi tidak menjawab pendidikan yang perlu dijalani seseorang untuk menjadi PM atau setia usaha bangsa2 bersatu.

Saya telampau banyak belajar tapi saya tidak belajar tentang PENDIDIKAN STRATEGIK. Jadi tak naik pangkat.

Cuba YMDS reflek kembali bagaimana YMDS boleh jadi YB. Adakah kerana lulus ekonomi atau jadi pemberita sambilan?

Munkin YMDS berjaya kerana jadi SU MB. Inilah yang saya namakan strategi.

KAJIIAN STRATEJI perlu diwajibkan belajar selain daripada CREATIVITI.

Bahasa Inggeris sepatutnya hanya jadi bahasa pilihin seperti yang dilaksanakan di UK di mana semua bahasa untuk business antarabangsa.
menjadi pilihan

Salah satu sebab kenapa 44% orang Perancis tak mahu beli minyak kelapa sawit kerana orang yang bekerja di duta kita tak pandai berbahasa Perancis jadi mereka tidak boleh menerangkan minyak sawit boleh memanjangkan umur.

Anonymous said...

18 raddlyePunca berbalahan ialah disebabkan perebutan jawatan dalam UMNO.

Sebab itu saya tidak mahu aktif dalam UMNO kerana kita beri peluang kepada mereka yang turun padang selalu bukan asyik berkokok dan mengkongkong dalam persidangan tapi muka mereka tak nampak pun turun padang, sekurang2nya jadi RELA tangkap pencuri getah dan pencuri buah kelapa atau pun tembak kera. Kalau mereka tembak kera sudah btentu saya lantik jadi ketua pemuda di cabang saya. Tapi ada yang tak kenal kera. Lotong pum dia kata kera hendak jadi JKKK.

Nampaknya rela kita hanya digunakan untuk kenduri sahaja.