Template by:
Free Blog Templates

9 September 2012

Pokok



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti Pokok-Pokok yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya untuk ditebang.

Banyak pokok dan dahan kayu yang boleh tumbang atau patah terutama jika berlaku angin kencang,

Beliau yang kebetulan melalui jalanraya dekat batu 26 jalan Batu Kurau-Redang Panjang, berlaku pokok tumbang kerana sudah terlalu lama dan reput, mujur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Beliau berharap jika terdapat pokok-pokok yang mendatangkan bahaya dan berada berdekatan dengan jalanraya, JKR disarankan agar menebangnya.




Jika berlaku hujan lebat atau ribut, pokok-pokok yang sudah agak tua dan reput ini mudah patah atau tumbang dan ia akan mengakibatkan bukan sahaja menghalan laluan jalanraya, tetapi mengancam keselamatan orangramai.



Beliau akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

Pokok tumbang kerana kami tak boleh jual batang pokok.

Kalau jual pun perlu mendapatkan permit yang 3 bulan baru lulus.

Yang demikian kami tinggalkan pokok hingga reput.

Kalau diberi peluang jual batang pokok sudah tentu ramai anak muda suka nak potong pokok tepi jalan.

Yang sebenarnya undang2 kerjaan2 yang membiarkan pokok hingga repat.

Sepatutnya undang2 ini dibuat seperti undang2 dadah. Salah guna baru hukum mati. Jika betul guna seperti ubat digigit ular doktor tidaklah dihukum mati.

Begitu juga undang tentang kehidupan liar. Kalau saya tangkap ular sawa di belakang rumah YMDS sudah tentu saya kena tangkap.

Tapi kerajaan tak faham kenapa YMDS tidak mahu bermastutin di situ? Kerana banyak ular dan biawak gergasi.

Undang2 patut di pinda supaya kami boleh tangkap ular dan potong pokok untuk dijual. Inilah yang saya katakan undang2 mesti ada tapi kita mesti longgarkan seperti undang2 penyalah gunaan dadah.