Template by:
Free Blog Templates

13 September 2012

Felda imej



Sebanyak RM 2 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan projek menaik taraf pekan Felda, Ijok.

Ia termasuk membangunkan semula rumah-rumah kedai dan gerai perniagaan di pekan yang berusia 50 tahun itu.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri dan meraikan bakal-bakal Haji di Felda, Ijok hari ini.

Turut hadir pengurus Felda, Ijok Haji Saifuddin Dat dan ketua kampung Haji Shukur Haji Jaman.

Peluang meningkatkan ekonomi peneroka akan meningkat dengan program menaikkan imej pekan Felda Ijok.



Ibu pejabat Felda sedang mengurus projek tersebut bagi dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika melawat Felda Ijok baru-baru ini juga meluluskan peruntukan Rm 1 juta bagi pembinaan mini stadium dan RM 800,000 dewan serbaguna di tanah rancangan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

Imej Batu Kurau dan Felda sudah mula kelihatan.

Bagaimana pula dengan Kubu Gajah, Ijok dan FELCRA?

Kerajaan negeri (anak syarikat) membantu hendak membuna 72 kedai ke atas tanah kepunyaan 24 orang.

Mungkin cara yang sama boleh dibuat di Ijok dan Kubu Gajah dan seterusnya di FELCRA.

Kalau sudah lepas pilihan raya lambatlah sedikit seperti interchange di Alor Pongsu tapi janji masih ditepati untuk menaik taraf Kubu Gajah dan Ijok.

Cepat2lah sedikit, biarkan assistant YMDS lawat rumah rosak, orang tua dll. YMDS sepatutnya tumpukan projek lebih besar. Projek kecil berikan kepada orang kecil buat. Pass saja duit kerajaan kepada mereka.

Kalau YMDS nak buat semua yang dikendong pun berciciran.