Template by:
Free Blog Templates

30 April 2011

Perjumpaan UMNO





UMNO Bahagian Larut sentiasa menyambut baik usaha perpaduan di kalangan orang melayu jikapun membabitkan PAS.

Ini adalah kerana perpaduan Orang Melayu itu lebih penting dari segala-galanya dan tidak ada maknanya jika politik itu kuat, tetapi orang melayu hancur dan tidak bersatu.

Saya berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan jentera Pilihanraya UMNO peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Juseru PAS harus lihat pentingnnya perpaduan ummah dan ia tidak harus dipertikaikan kerana perjuangan Islam itu sendiri melektakan soal ini sebagai keutamaan.

Perjuangan dan Politik Orang Melayu tidak akan kemana-mana jika mereka sendiri berpecah dan tidak bersatu padu.

Seperti kata perpatah menyesal dahulu pendapatan, tetapi tidak ada gunannya jika nasi sudah menjadi bubur.

Saya juga menyeru ahli-ahli UMNO semua peringkat di bahagian Larut untuk bersedia menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) pada bila-bila masa.

Kenduri





Menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Ahmad Fuad bin Kamal di Kampung Baru,Rantau Panjang, Selama.

Fauziah, ,31 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Damanhuri bin Rashid, 32 tahun dari Pantai Besar, Batu Kurau.

Tahniah diucapkan kepada pasangan tesebut semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Kesihatan








Bayaran yang dikenakan kepada penduduk kampung yang menggunakan Ambulan Kesihatan menjadi rungutan orang ramai.

Saya sendiri telah meminta perkara itu dikaji balik kerana ia amembebankan rakyat miskin terutamanya.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Program hidup sihat tanpa dengi dan malaria anjuran Pusat Kesihatan Batu Kurau di Dewan Sungai Ara, pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Panel Pusat Kesihatan Batu Kurau,Haji Tajuddin bin Ibrahim, Dr Anas bin Mohd Yassin dari Pusat Kesihatan Batu Kurau, Ketua Balai Polis Batu Kurau, Ismail bin Khalid dan Ketua Kampung Sungai Ara, Mohd Halil Abdullah.

Sekaipun, wang cengkeram dikenakkan kepada penduduk kampung untuk menggunakan ambulan kesihatan ia juga membebankan mereka.

Saya berharap soal kesihatan ini jangan diremehkan kerana ia adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Justeru, sikap mesra rakyat itu harus dijelma dan diamalkan sebagai slogan mereka untuk memberikan bantuan kepada rakyat.

Pada masa yang sama saya juga berharap orang ramai tidak memandang ringan soal menjaga kesihatan ini dan janganlah menyerahkan segala-galanya kepada pihak berkenaan tanpa penyertaan orang ramai itu sendiri.

Menjaga keishatan setiap masa amatlah penting dan jangan tunggu hanya bila wabak itu merebak barulah mereka hendak bertindak.

29 April 2011

Banjir





Melawat Kampung Sungai Lempong dalam yang sering banjir bila hujan turun dan menimbulkan kesulitan terutama keapda para pelajar yang berulang alik menggunakan jalan di situ.

Dalam lawatan tersebut, saya lihat sendiri keadaan paya kawasan tanaman di situ yang tidak terurus yang menjadi punca banjir sering berlaku bila hujan turun.

Justeru, sejumlah peruntukan telah diperolehi bagi memperbaiki keadaan tesebut buat sementara ini.

Ketua Wanita UMNO Cawangan, Hasnah binti Shaar turut hadir dalam lawatan tersebut dan seorang penduduk, Mesah binti Omar, 54 tahun.

Pada masa ini terdapat kira-kira tiga buah rumah di situ.

Melawat Warga Emas Uzur



Seperti biasa setiap kali Saya ke Tanah Rancangan FELDA, Ijok Saya akan melawat golongan Warga Emas, terutama yang uzur.

Di peringkat satu, Saya melawat Warga Emas, Mat Desa bin Darus, 79 tahun. Beliau yang juga merupakan diantara peneroka terawal, tinggal besama dengan anak-anaknya.

Beliau yang cukup aktif dalam aktiviti kemasyarakatan begitu terharu dengan kehadiran Saya ke rumahnya, petang tadi.

Turut hadir ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

28 April 2011

Tapak dewan





Melawat tapak bagi pembinaan Dewan Serbaguna bagi Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Ia adalah lawatan tapak kali kedua yang Saya lakukan ke atas sebidang lot tanah di RTBK. Sebelum itu, Saya juga telah melawat satu tapak di situ.

Dewan Serbaguna yang bernilai lebih RM 150,000 itu diluluskan oleh Kerajaan bagi kemudahan penduduk RTBK dan perlaksananya akan dimulakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, sebuah Dewan Mesyuarat juga telah dibina di rancangan Tanah tersebut.

Turut hadir dalam lawatan tapak pembinaan Dewan tersebut ialah Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim yang berpuas hati dengan tapak yang dicadangkan itu.

Tanah






Banyak lagi kawasan rancangan Tanah Berkelompok dibuka bagi membolehkan rakyat miskin menyertainya.

Langkah ini dilihat akan membantu menggurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat yang tidak bertanah, terutama mereka yang memiliki keuarga besar.

Saya menghadiri dua mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang diadakan pada hari ini iaitu perigkat Daerah Kecil Selama dan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) LMS,Haji Harun Rawi. Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yiusop Abustan.

Juga dibincangkan ialah pembinaan skim rancangan rumah rendah bagi rakyat yang masih tidak bertanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah. Sebidang tanah seluas 5 ekar telah dikenalpasti di Pekan Kubu Gajah bagi tujuan tersebut.

Masalah tapak rumah bagi rakyat miskin dalam senarai E-Kasih juga turut dibangkitkan di mesyuarat tersebut, selain meluluskan permohonan lot-lot kosong bagi tujuan pertanian.

Pemberan geran tanah di kawasan Palong Tinggi untuk tujuan pertanian juga dibangkit dan dibincangkan di mesyuarat Jawatankusa Tanah LMS.

Jalan siap





Meninjau perlaksanaan jalan baru ke ladang penduduk-penduduk di Kampung Kelian Chenie dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Jalan tersebut yang dianggarkan bernilai RM 20,000 siap beberapa hari yang lalu dan disalaksanakan oleh sebuah kontertor tempatan.

Saya membuat tinjuan tersebut bagi mempastikan ia dilaksana mengikut spekfikasi dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Penduduk-penduduk berkenaan telah mengucapkan Terima Kasih kepada Kerajaan kerana menyediakan kemudahan tersebut bagi penduduk-penduduk berkenaan ke ladang seluas kira-kira 300 ekar di situ.

Gelung





Meninjau kerja-kerja pemasangan gelong di jalan lama Kampung Teras yang sedang dilaksanakan oleh sebuah konterktor tempatan.

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi perlaksanaan projek tersebut dan Saya sendiri ingin mempastikan kerja-kerja tersebut dibuat mengikut jadual dan spekfikasi yang telah ditetapkan.

Projek itu dijangka siap dalam beberapa hari lagi dan ia akan memberi kemudahan kepada para pengguna jalan tersebut.

Projek tersebut bagi menggantikan kerosakan yang berlaku dan membahayakan kepada pengguna jalan tersebut terutama mereka yang bekerja di Pusat Latihan Khidmat Negara (PKLN) di situ.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam yang juga Ketua UMNO Cawangan.

Peneroka






Mendengar masalah yang dihadapi oleh lebih 30 orang Peneroka di peringkat 4, FELDA,Ijok petang tadi.

Setelah mendengar masalah yang dibangkitkan Saya telah meminta satu perjumpaan antara peneroka-peneroka berkenaan dengan pihak pengurusan FELDA, Ijok bagi menyelesaikan masalah yang ditumbulkan itu dalam masa terdekat ini.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

27 April 2011

UMNO Larut



Persisdangan Agung UMNO Bahagian Larut akan diresmikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada 17 Mei ini di Dewan Merdeka Selama.

Saya memberitahu demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Larut di Bilik Gerakan Pejabat UMNO Bahagian di Selama, petang tadi yang turut dihadiri Timbalan Ketua, Datuk Mohd Daud Yusof, Ketua Wanita, Sawipah Yahya dan Ketua Pemuda, Annuar Ariffin.

Kesemua 97 cawangan dalam Bahagian Larut selelsai mengadakan sidang agung perwakilan masing-masing termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Kesemua cawangan Wanita Bahagian juga selesai mengadakan sidang masing-masing manakala Pemuda hanya beberapa cawangan sahaja kerana ketiadaan pemuda.

Bagi Puteri pula, atas arahan Ibupejabat UMNO Malaysia hanya cawangan yang mempunyai sekurang-kuangnnya 15 ahli sahaja dibenarkan menghantar perwakilan ke mesyuarat agung peringkat Bahagian.

Perwakilan Bahagian kali ini dijangka melebih 600 orang kerana pindaan Perlembagaan Parti. Begitu juga Wanita, Pemuda dan Puteri.

Datuk Seri Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian selepas meresmikan persidangan Agung UMNO Bahagian.

UMNO Bahagian Larut adalah satu-satunya Bahagian di Perak yang akan diresmikan oleh anak bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia itu.

Peladang remaja




Kempen menarik lebih ramai remaja menyertai pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan diadakan bulan Mei.

Sebagai langkah awal. kursus khidmat latihan juga akan diadakan kepada remaja dan anak-anak ahli peladang.

Saya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau, pagi tadi.

Kesemua 22 unit peladang dalam PPK Batu Kurau akan diminta menghantar nama-nama peserta.

Kempen menggunakan tanah-tanah terbiar dilkalangan unit PPK juga akan dijalankan.

PPK akan beri subsidi yang bernilai RM 1000 tetapi bukan berupa tunai bagi tujuan tersebut

26 April 2011

TPM-Saham

Menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba di Ipoh, petang tadi untuk menutup minggu Amanah Saham.

Turut mengiiringgi beliau yang tiba dilapangan Terbang Sultan Azlan Shah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Minggu tersebut telah diresmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah mendapat sambutan meriah daripada orangramai yang mengunjungg ke tapak projek itu dilancarkan Rabu lalu.

Lawatan







Melawat dua buah rumah rakyat miskin termasuk seorang Ibu tunggal di Bagan Baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Mereka ialah Noranaton binti Abd Wahab, 45 tahun yang tinggal besama suaminya, Sulaiman bin Mohd Zabidin, 52 tahun dan tiga orang anak manakala Noriah binti Kasim,45 tahun ibu tunggal yang tinggal bersama lima orang anaknya.

Kedua-dua mereka mohon bantuan memperbaikli rumah mereka yang dah agak lama dibina dan mengalami kerosakan.