Template by:
Free Blog Templates

5 April 2011

Sumbangan kiosk





Program bantuan Kiosk Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, mendapat samabutan yang menggalakan.

Permintaan mereka semakin bertambah semenjak sumbangan itu mula dilancarkan akhir tahun lalu.

Seperti biasa, Saya menyampaikan sumbangan kiosk kepada seorang peniaga, Shamsuddin bin Ismail,42 tahun di gerai makan di jalan Bagan Baharu-Ijok, dekat simpang ke FELDA, Ijok.

Dengan adanya kisok itu ia akan membantu mereka untuk menjalankan perniagaan dengan lebih selesa.

Sementara itu, Saya juga berharap setiap penerima kiosk itu menjaga kebersihan dan mengutamakan kualiti perniagaan mereka.

Mereka juga digalakan untuk terus belajar dan mendalami ilmu perniagaan supaya menjadi panduan kepada kejayaan mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila lagi YMDS hendak bina kiosk Petronas di tempat lahir YMDS bukan kerana hendak untung tetapi hendak membangunkan tempat tersebut.

Kalau hendak bina kiosk binalah untuk ALL IN ONE (termasuk mini post, ATM, jualan makanan (nasi lemak) dan workshop motor sikal).

Untung tak banyak tapi hanya untuk kepentingan masyarakat setempat.

Kalau kita harapkan kerajaan hendak membangunkan kawasan tersebut, hendak mendalamkan anak sungai Dendang (tempat ular sawa dan biawak besar) yang mengalir di belakang rumah ayahanada YMDS pun mereka tak ada duit.

Adakah wang kerajaan lebih mementingkan untuk pilihan raya (seperti di Sarawak)?.

Sekian untuk makluman YMDS.