Isu kemuculan Polis di sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak sekali lagi panas pada hari kedua sidang tersebut, hari ini.
Saya tetap mempertahankan pentingnya anggota Polis bertugas bagi menjamin keselamatan di sepanjang sidang DUN.
Isu Polis itu berpunca dari tindakan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasair Panjang) yang menggulanggi sekali lagi bantahannya dalam perbahasan Titah Ucapan DYMM Pemangku Raja Perak.
Ahli-Ahli Parlimen juga melalui pemeriksaan ketat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat, tegas Saya ketika berucap mengulas banthan Nizar itu dan beberapa anggota Pembangkang yang lain.
Turut bertikam lidah mengenai isu Polis itu adalah beberapa anggota Pembangkang yang lain selain Anggota EXCO Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamiddh Osman yang menyokong tindakan pihak Kerajaan menugaskan anggota Polis sepanjang sidang DUN.
Saya yang turut berbahas menyokong usul Menjunjung Kasih diatas Titah Ucapan Pemangku Raja meresmikan sidang tersebut, Selasa lalu juga membidas sikap Pembangkang yang tidak mahu menerima hakikat pentingnya pihak Polis hadir dan bertugas di sepanjang sidang DUN.
Kenapa harus mereka takut jika ada pihak yang mahu membantu menjaga kepentingan keamanan anggota DUN yang sedang bermesyuarat.
Dalam perbahasan tersebut Saya turut menyentuh beberapa isu utama seperti sektor pertanian bagi mengatasi masalah kemiskinan, program untuk para belia, sukan dan Pendidikan.
Saranan agar disebuah Kampus Universiti di atas tapak Projek Pusat Veterina Negara di Ladang Sungai Segar-Pondok Tanjung seluas 3,000 ekar juga turut diajukan sebagai langkah membangunkan kawasan luarbandar.
Masalah ramai penduduk yang mendiamai kawasan risab sungai di luarbandar agar dipetimbangkan untuk dikeluarkan hakmilik juga turut dibangkitkan.
Sidang bersambung lagi besok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Masalah pertanian di Selama.
Di kawasan pekan Selama digezetkan oleh jabatan pertanian untuk tanaman sayur.
Masalahnya lembu dan kambing masih berkeliaran di situ.
Akhir2nya kami berhenti berkebun sayur. Semuanya gulung tikar.
Apabila saya memohon menanam limau untuk mengelakkan dari serangan musuh jabatan pertanian Selama ada bermacam2 helah yang tidak diterima akal tetapi mengikut kriteria mereka tanpa melihat tanah saya terlebih dahulu.
Dari segi pendidikan yang perlu menjana pekerjaan ialah kursus yang berasaskan pertanian, vertinar, perikanan, perhutanan dan yan dig berkaitanh.
LMS perlu mengaadakan penldidikan yangk komprehensif, 3 daalam sadtu
Sekolah/Institut pnertanian, maktab peertanian dan huniversiti pertanian yang menawar kursus dari nursery hingga mengekspotannya ke negera seperti JEPUN kerana spec. dan marketingnya agak tinggi.
Kita kalah dengan Singapura ialah perkara yang berkaitan dengan standard atau spesifikasi dan perkara2 yang berkaitan. Kursus ini amat penting termsuklah marketing dan branding dan yang berkaitan hendaklah diperkenalkan dalam IPT ini.
60% daripada keuntungan syarikat datanngnya dari marketing dan branding.
Singapura tak ada apa2 pun dalam negara mereka tapi negara tersebut menjadi salah sebuah negara yang terkaya. Salah satu sebabnya ialah branding dan marketing. Manggis boleh mencapai $10.00 sebiji jika kita pandai marketing dan branding.
Kalau pelajaran ini tidak dipelajari di maktab pertanian sampai bila pun orang pertanian mahu bekerja dengan kerajaan.
Untuk menjana pekerjaan (human capital) cuba YMDS tanya dewan yang bersidang tentang status kajian hendak membina lapangan terbang BRIAH atau LUMUT. Nampaknya semua membisu tentang perkara ini.
Persoalanya ialah antara marketing dengan pembangunan menyeluruh dan untuk mendapatkan pekerjan dan seterusnya orang kampung tidak lagi berhijrah ke IPOH atau KL yang tidak dapat lagi menampung kesesakan.
Terima kasih,
YMDS,
Saya ingin melihat dewan persidangan Perak lebih banyak berbahas tentang isu pembangunan ekonomi luar bandar daripada isu politik.
Biarkan isu politik ditentukan pengundi. Tak payahlah tunjuk hero dalam dewan jika berbincang tentang politik hinggakan panggil polis untuk mententeramkannya.
Rakyat tahu siapa mereka hendak pilih mewakili mereka dalam dewan.
Di Sarawak isunya ialah untuk menggalakkan anak muda supaya tidak berpindah ke Kuching, Miri dan lain2 bandar paling banyak disebut2 oleh rakyat apabila ditemubual.
Sebab itu saya syorkan kerajaan Perak membina universiti di Pondok Tanjung supaya kami tidak berhijrah ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.
Saya hairan ramai wakil rakyat hendak membangunkan greater IPOH yang sudah pesat membangun atas alasan MARKETING. Cuba bangunkan Bukit Merah dan Bukit Larut. Orang putih tak suka bandar. Mereka mahu macam hutan simpan Blum, Pondok Tanjung, Kuala Gula dan Bukit Merah. Tapi duta Malaysia kita tak tahu buat apa2 untuk mempromosikan Hutan Blum dan Bukit Larut (sudah mula menjadi hutan). Sepatutnya pegawai kelulusan marketing dan pelancongan juga dijadikan menjadi kakitang DUTA kita jika kita hendak membangunkan pelancongan.
Saya pernah pergi ke 3 pejabat duta. Tiada seorang pun mereka lulus dalam bidang pelancongan padahal ramai orang kita dan juga orang UMNO yang lulus dalam bidang pelancongan.
Sekian.
Saya mahu MB kita bina Pulau Pangkor supaya menjadi macam Ipoh dan YMDS bina Kubu Gajah supaya menjadi seperti Sri Iskandar. Begitu juga wakil rakyat Selama dan Batu Kurau.
Wakil rakyat Selama ialah seorang kontrektor besar. Sepatutnya beliau tidak membina kosmetik sahaja seperti di Kubu Gajah (bunga, taman dll)
Wakil rakyat Batu Kurau sepatutnya tiap2 malam berdoa supaya Batu Kurau menjadi bandar besar.
Wakil rakyat Kubu Gajah sepatutnya membina sekolah sukan bola antarabangsa di Kubu Gajah.
Dato' Hamzah pula boleh buat macam2 lagi, seperti kilang asas tani dan pusat latihan kemajuan asas tani. Sepatutnya beliau dapat membangunkan FELDA Tebing Tinggi berdasarkan pengelaman beliau dalam pembangunan FELDA. Tapi beliau asyik rugikan masa di KL.
Saya inginkan wakil rakyat yang dapat membangunkan Selama, Batu Kurau dan Kubu Gajah supaya bandar2 ini akan menjadi macam Sri Iskandar atau Manjung.
Itulah impian saya supaya rakyat tidak berhijrah ke Taiping, Ipoh, Penang dan Kuala Lumpur (ada beratus2 orang kampung saya di sana. Saya sudah mula mengumpulkan nama2 mereka untuk dijadikan memorondum).
Post a Comment