Template by:
Free Blog Templates

28 April 2011

Tapak dewan





Melawat tapak bagi pembinaan Dewan Serbaguna bagi Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Ia adalah lawatan tapak kali kedua yang Saya lakukan ke atas sebidang lot tanah di RTBK. Sebelum itu, Saya juga telah melawat satu tapak di situ.

Dewan Serbaguna yang bernilai lebih RM 150,000 itu diluluskan oleh Kerajaan bagi kemudahan penduduk RTBK dan perlaksananya akan dimulakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, sebuah Dewan Mesyuarat juga telah dibina di rancangan Tanah tersebut.

Turut hadir dalam lawatan tapak pembinaan Dewan tersebut ialah Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim yang berpuas hati dengan tapak yang dicadangkan itu.

0 comments: