Template by:
Free Blog Templates

8 April 2011

Loji penapis air






Lembaga Air Perak (LAP) telah diminta agar kajian yang menyelurh dan dikenalpasti masalah terlebih dahulu, sebelum mana-mana loji penapis air dibenarkan dibina.

Kelewatan Projek Loji Penapis Air di Sungai Jernih/Kelian Gunung beroperasi adalah disebabkan ia menghadapi masalah tapisan air.

Justeru, Perunding projek berkenaan telah diminta mengatasi masalah projek tersebut yang merupakan projek bagi kemudahan sebahagiagn besar kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Saya telah melakukan lawatan sekali lagi ke loji berkenaan bersama Ketua Pusat Operasi LAP Daerah Kecil Selama, Junid bin Harun.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Mat Hussein dan Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed bin Abdullah.

Masalah loji itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama pada 28 Mac lalu, selepas Saya timbulkan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh beroperasinya projek berkenaan.

Loji itu dibina bagi mengatasi masalah air kotor yang sering menjadi rungutan pengguna di DUN Kubu Gajah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

YMDS hendaklah juga membangkitkan perkara (dalam semua mesyuarat)yang berkaitan untuk menaik taraf bandar Kubu Gajah dan Ijok supaya ia tidak menjadi Pekan Koboi Tua

Begitu juga tentang pinjaman Sukuk bagi pembinaan jalan Jelapang-Selama.

PRU 13 hampir tiba tapi pembinaannya belum dimulakan lagi.

Mungkin kerja YMDS terlalu banyak kerana ia bertindih dengan kerja Ketua Kampung. Ketua kampung pun macam kaki ampu sahaja. YMDS turun padang barulah mereka turun padang.

Dari segi politik pun AJK YMDS terlalu lemah.

Sepatutnnya tiap2 AJK politik YMDS menentukan 100 orang (tidak semestinnya orang UMNO tapi ahli keluarga yang memihak parti pembangkang) dalam jagaaan mereka supaya mereka memilih barisan. Tiap2 ahli jawatan kecil pula menjaga 10 orang (termasuklah Pak DARUS (masih atas pagar) dekat rumah ayahanda YMDS).

Saya lihat strategi politik YMDS masih convensional (jual air lior) kerana AJK YMDS tidak kreatif mencari jalan untuk menentukan semua dalam jagaan mereka memihak ke barisan.

Sepatutnya YMDS dapat membezakan isu setempat dengan isu kebangsaan.

Bagi mereka yang berpelajaran mereka lebih mengutamakan isu kebangsaan yang perlu ditangkis melalui internet.

Bagi 'orang kampung' yang biasa pula mereka mementingkan isu setempat. Perkara ini hendaklah dijelaskan dengan membuat lawatan.

Saya masih melihat ramai intelek dan penghuni kedai kopi ADUN Kubu Gajah tidak setuju tentang segelintir daripada pemimpin atasan, tapi bukannya YMDS. Cuba bincangkan bagaimana mengatasi isu ini dengan MB.

Sebab itu saya cadangkan YMDS mengahantarkan nama calon kawasan ADUN Kubu Gajah dari mereka yang tidak ada ISU yang berkaitan dengan diri mereka.

YMDS masih ada masa untuk membetulkan persepsi mereka terhadap pemimpin barisan sebelum PR 13.

Kadang2 isu yang dibangkitkan makan TUAN sendiri seperti isu seks YB Anuar Ibrahim. Sudah tentu ramai berpendapat yang orang UMNO juga ada dalam bilik tersebut. Kalau tidak macam mana mereka tahu yang Anuar terlibat.

Saya cadangkan kalau kita bukan seperti seorang Nabi janganlah tunjukkan keburukkan orang lain kerana orang lain juga nampak keburukan kita.

Sekain