Template by:
Free Blog Templates

27 April 2011

UMNO Larut



Persisdangan Agung UMNO Bahagian Larut akan diresmikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada 17 Mei ini di Dewan Merdeka Selama.

Saya memberitahu demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Larut di Bilik Gerakan Pejabat UMNO Bahagian di Selama, petang tadi yang turut dihadiri Timbalan Ketua, Datuk Mohd Daud Yusof, Ketua Wanita, Sawipah Yahya dan Ketua Pemuda, Annuar Ariffin.

Kesemua 97 cawangan dalam Bahagian Larut selelsai mengadakan sidang agung perwakilan masing-masing termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Kesemua cawangan Wanita Bahagian juga selesai mengadakan sidang masing-masing manakala Pemuda hanya beberapa cawangan sahaja kerana ketiadaan pemuda.

Bagi Puteri pula, atas arahan Ibupejabat UMNO Malaysia hanya cawangan yang mempunyai sekurang-kuangnnya 15 ahli sahaja dibenarkan menghantar perwakilan ke mesyuarat agung peringkat Bahagian.

Perwakilan Bahagian kali ini dijangka melebih 600 orang kerana pindaan Perlembagaan Parti. Begitu juga Wanita, Pemuda dan Puteri.

Datuk Seri Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian selepas meresmikan persidangan Agung UMNO Bahagian.

UMNO Bahagian Larut adalah satu-satunya Bahagian di Perak yang akan diresmikan oleh anak bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia itu.

0 comments: