Template by:
Free Blog Templates

4 April 2011

UMNO- Kelian Chinei









Pentadbiran Cawangan yang cekap adalah penting bagi mempastikan kelancaran aktiviti mereka pada setiap masa.

Orang ramai juga akan melihat UMNO itu sendiri berfungsi dengan baik dan benar-benar membela nasib rakyat.

Saya berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kelian Chinei dekat Sungai Ara.

UMNO Bahagian sentiasa membantu Cawangan-Cawangan dalam memperkemaskan lagi pentadbiran mereka dari masa ke semasa.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya juga berharap kerjasama dan sokongan seluruh cawangan di Larut untuk membantu menambah ahli Parti.

Bahagian juga ada menerima permohonan untuk membuka cawangan-cawangan baru bagi memudahkan lagi penyertaan orang ramai.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 97 cawangan UMNO dalam Bahagian Larut dan diantara yang terbesar di Negeri Perak.

Saya kemudian menghadiri mesyuara agung UMNO Cawangan Pantai Besar yang diadakan di Dewan Serbaguna di situ.

0 comments: