Template by:
Free Blog Templates

27 April 2011

Peladang remaja




Kempen menarik lebih ramai remaja menyertai pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan diadakan bulan Mei.

Sebagai langkah awal. kursus khidmat latihan juga akan diadakan kepada remaja dan anak-anak ahli peladang.

Saya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau, pagi tadi.

Kesemua 22 unit peladang dalam PPK Batu Kurau akan diminta menghantar nama-nama peserta.

Kempen menggunakan tanah-tanah terbiar dilkalangan unit PPK juga akan dijalankan.

PPK akan beri subsidi yang bernilai RM 1000 tetapi bukan berupa tunai bagi tujuan tersebut

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika remaja hendak kaya bantulah mereka menanam gaharu, membela ikan kelesa, membela burung "layang2" dan jika boleh secara koperasi berniagalah emas.

Orang yang kaya di Malaysia bukanlah yang tersenarai di FORBES tapi yang saya tahu ialah mereka yang berniaga emas. Tapi kerajaan tidak menunjukkan jalan kepada belia2 ini bagaimana menjual emas.
Lagi2 pertanian.Nak pinjam wang dari bank pun susah.

Secara bodoh2 pun kalau mereka beli emas 'jongkong' tahun lepas dan jual tahun ini mereka sudah untung 23%, melebihi keuntungan Bank Rakyat. Yang saya katakan ini ialah dengan cara berniaga hodoh2 (tak sekolah). Kalau pandai tentulah jadi bilionaire.

Belia kita sudah jemu bertani. Mereka juga kreatif.