Template by:
Free Blog Templates

3 April 2011

Masih Ada Yang Sayang












Penal Kesihatan yang dilantik oleh Kerajaaan di Pusat-Pusat Kesihatan dalam Parlimen Larut harus berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.

Panel itu ditubuhkan adalah untuk mendekati Masyarakat dan memberi khdimat nasihat agar Orangramai memahami peranan dan tanggungjawab mereka membantu Kerajaan dalam menjaga kesihatan diri.

Saya berkata demikian di majlis peresmian program Masih Ada Yang Sayang 1 Malaysia anjuran Komuniti Bistari DUN Kubu Gajah di perkarangan Dewan Orangramai, pekan Kubu Gajah.

Turut hadir Ketua Kampung Kubu Gajah, Azemi Sabran dan Pemimpn Masyarakat tempatan serta Ketua-Ketua Jabatan.

Saya juga berkata bahawa Ahli Panel berkenaan boleh dirombak pada bila-bila masa jika ia didapati tidak mampu menjalankan peranan yang berkesan.

Mereka yang dilantik diharap tidak menggunakan kedudukan itu bagi kepentingan diri, sebaliknya menumpukan kepada mengadakan program mesra rakyat.

Saya berharap panel seumpama itu juga dapat diwujudkan di Kelinik Kesihatan yang ada bagi melebarkan lagi peranan masyarakat dalam konteks menjaga kesihatan.

0 comments: