Template by:
Free Blog Templates

10 April 2011

Pelajar Petronas






Menghadiri majlis bersama Pelajar-Pelajar Universiti Teknoli Petronas yang mengendalikan kelas untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah di Kampung Batu 20, pagi tadi.

Sebelum ini, pelajar-pelajar berkenaan termasuk dari beberapa buah Negara luar telah mengadakan program bersama masyarakat selama dua hari di situ dan kedatangan mereka kali ini adalah sebagai meninjau kembali segala hasil program yang telah mereka laksanakan.

kedatangan mereka kali ini kebetulan musim buah durian dan majlis kenduri dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung batu 20 yang diketuai oleh Haji Mat Isa Harun.

Turut sama terlibat menjayakan program tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 20, Zainab Awang.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, saya sentiasa mengalu-galukan program bersama rakyat oleh mana-mana Universiti Tempatan kerana ia akan memberi kesempatan kepada para pelajar untuk mendekati diri dengan masyarkat.

0 comments: