DYMM Paduka Seri Sultan Perak hari ini bertitah pentingnya perpaduan kaum diutama dan dikekalkan bagi menjamin kestabilan rakyat dan Negara.
Bertitah di istiadat menjujung Duli, Taat Setia dan Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Kepueraan yang ke 83 hari ini, baginda turut mengimbas kembali peristiwa tuntutan Kemerdekaan bagaimana soal perpaduan kaum itu menjadi perkara utama dan penting.
Baginda juga turut berharap sokongan semua pihak kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam membantu memajukan Negeri ini.
Baginda berterima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan Anggota EXCO Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Kerajaan demi masa depan Perak.
Turut berangkat ke majlis yang penuh berwarna warni itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin, Raja Di Hilir dan kaum kerabat yang lain.
Negeri Perak tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan hanya disebabkan perbezaan politik yang berpanjangan yang hanya merugikan rakyat dan Negeri.
Terdahulu, Bagind Raja Muda menekankan pentingnnya Institusi Raja-Raja sebagai simbol perpaduan rakyat semua kaum.
Malaysia adalah sebuah Negara yang bertuah kerana rakyatnya dapat bernaung dibawah payung pemerintahan Raja Berperlembagaan yang akan menjamin keharmonan dan kesejahteraan rakyat.
Dr Zambry dalam ucapan Taat setiannya pula memberi jaminan akan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat miskin.
Kerajaan mahu sinar terus meneranggi rakyat terutama mereka yang masih berada di paras kemiskinan termasuk melalui program Amanjaya.
Baginda Sultan Kelantan mengetui senarai penerima Anugerah Bintang dan Darjah Kebesaran sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak.
Bagianda dianugerah Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).
Dr Zambry pula penerima tunggal Darjah Seri Padu Sultan Azlan Shah (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.
Gabernor Lampung Indonesi, adalah juga penerima tunggal Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Semua tetamu kemudian diraikan di majlis makan tengahari dengan diserikan oleh persembahan kumpulan muzik Sultan Idrsis Shah, Tanjung Malim yang diketuai Raja Azuan Nahar bin Raja Adnan.
19 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Saya rasa sampai bila pun kita tidak dapat mengatasi kemiskinan jika kita berterusan membantu orang miskin dengan memberi mereka makanan dan wang berterusan.
Berilah mereka pekerjaan. Kalau mereka tidak dapat bekerja berilah anak mereka pekerjaan supaya mereka dapat membantu ibu bapa mereka.
Tidak semestinya yang dapat semua distinctions dalam akademik yang didahulukan/dipilih untuk mendapat pekerjaan.
Tony Fernandez tidak pun dapat semua distinctions, sebagai contoh. Begitu juga mendiang Boon Siew.
Banyak orang politik berjaya dalam bidang akademik yang tidak selaras dengan pekerjaan mereka sebagai ahli politik.
Jika hendak membantu mereka yang miskin peranan GLC dan JPA hendaklah membuat HEAD-HUNTING jika hendak membantu rakyat miskin.
Berilah peluang orang miskin mendapat pekerjaan di GLC dan JPA dengan minimum qualifications.
Jangan kita harap mereka lulus dengan mendapat banyak distinctions yang rajin bekerja. Tidak ada proof dalam penyelidikan mereka yang dapat banyak distinctions yang banyak menjadi CEO yang berjaya (menguntugkan syarikat).
Kalau boleh jangan iklankan jawatan kosong. Kalau DIIKLANKAN YANG KAYA juga akan mendapat pekerjaan. Apabila semua yang miskin mendapat pekerjaan barulah kita buat law of the jungle atau biarkan mereka memperjuangkan survival of the fittest.
Kelemahan yang terdapat jika pekerjaan tidak diiklankan ialah kroni sahaja yang mendapat pekerjaan. Tapi kalau kita amalkan demikian sampai bila pun yang miskin akan berterusan menjadi miskin.
Sekali lagi jika YMDS berilah beras, gula dan tepung berterusan saya rasa sampai bila pun mereka minta sedekah kepada kerajaan.
Kalau YMDS beri pekerjaan di syarikat di mana YMDS menjadi pengarahnya nescaya mereka tidak lagi meminta sedekah dengan kerajaan.
Kita ada 4 wakil rakyat. Cuba buat head-hunting anak orang miskin di LMS untuk bekerja di syarikat YB2 kita.
Kita tidak mahu YB2 di LMS hanya jadi proxy syarikat atau tok pek kong sahaja tapi mereka takut hendak memberi pekerjaan kepada anak2 orang miskin yang datangnya LMS.
Kesimpulanya, GLC hendaklah memberi pekerjaan kepada mereka yang miskin tak kira apa bangsa pun. Janganlah megahkan sangat Harvard dan Oxford.
Mak Siti (jual rempah) tak pass Harvard pun menjadi kaya raya. Cubalah lihat kejayaan mereka di PAGOH. Siapa yang tak kenal mereka di PAGOH. Ladang mereka berkonsepkan eko-tourism.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Kami ingin juga mendengar orang2 LMS yang dapat bintang.
Saya menilai kemajuan (baik pun dari segi politik) jika ada rmai individu dari kawasan tersebut berjaya mendapat bintang kebesaran.
Lagi ramai mendapat bintang kehormat dari kawasan tersebut saya rasa kawasan tersebut lebih berjaya/maju daripada kawasan2 lain.
Saya ingin melihat orang LMS lebih ramai dapat bintang dari orang Ipoh. Sudahkah kawasan tersebut congested ini pula congested dengan bintang kehormant. Sepatutnya penoreh getah yang berjaya juga mesti dapat bintang. Tapi kerajaan lebih mementingkan orang business dan kerajaan. Kami yang bela lembu yang berjaya dari 6 ekor hingga 400 ekor tak dapat bintang pun.
Saya ingat orang kita yang berjaya memelihara ikan kelesa juga mendapat bintang kehormat kerana beliau memang saya hormati di kawasan kita.
Itu sahajalah YMDS yang saya harapkan.
YMDS,
Perpaduan akan tercapai jika rakyat memahami konsep satu keluarga, equity/equality, konsep simbiotik (seperti aur dengan tebing)dan konsep empati.
Konsep biologi tentang simbiotik harus diketahui orang Cina, India, Melayu dan lain2.
Kita hendaklah sentiasa mengingat orang kita yang kita tidak boleh hidup tanpa bantuan bangsa lain. Dalam dunia perniagaan perkara ini amat ketara. Sebagai contoh kalau orang Cina semuanya jadi penjal siapakah pembelinya?. Bagi mereka yang lulus dalam pemasaran (seperti salesmen) mereka sentiasa mahu berbuat baik antara semua kaum.
Kalau tidak dibantu pekerja Indonesia bolehkah kontraktor memajukan perniagaan mereka?
Konsep satu keluarga dan empati ada kaitan.
Simple Anologinya adalah seperti berikut.
Ah Chong mempunyai 5 orang anak. Seorang daripadanya CEO, seorang daripadanya doktor, seorang daripadanya penoreh getah seorang lagi penjual besi buruk dan yang kelima tidak ada pekerjaan.
Bapa mereka mempunyai 50,000 ringgit. Bapa yang berpegang kepada equality akan memberi tiap2 seorang 10ribu ringgit.
Tetapi bapa yang memegang prinsip ekuiti akan memberi bantuan lebih kepada mereka yang tidak bekerja. Mungkin CEO dan doktor tidak mendapat bantuan daripada bapa mereka kerana pendapatan mereka agak lumayan. Ada juga bapa mengatakan mereka yang tidak berjaya ialah mereka yang malas. Orang yang malas ialah kerana mereka belum nampak jalan (orang Cina kata mereka belum dapat lobang). Mungkin orang kuat berpolitik kerana mereka sudah nampak LOBANG sebab itu mereka kuat berpolitik.
Orang macam saya ini tak nampak LOBANG jadi saya tidak bergiat dalam politik. Bukan saya malas. Siang malam saya di tanah saya. Orang kampung kata saya tak malas tapi saya tak nampak LOBANG.
Adakah kerajaan perlu membanyakkan kursus yang berkaitan dengan networking, pemasaran dan yang berkaitan untuk mengiratkan perhubungan antara kaum.
Yang kita takut mereka berlakun sahaja macam salesmen yang anti kaum lain walaupun mereka banyak mengumpul pendapatan dari kaum lain.
The root of all the problem is Religion and empati. Bagaimankah (empati) rasa seorang doktor jika melihat adiknya penoreh getah atau penangkap ikan (EMPATI).
Mana2 masyarakat yang tidak berpegang kuat kepada agama sudah tentu mereka tidak ada 'hati perut' untuk membantu adiknya yang miskin.
Punca banyak perpecahan kaum disebabkan iri hati atau cemburu. Kalau orang lain dapat dia tak dapat mulalah sifat perkauman membara dihati mereka.
Untuk mengelakkan sifat dengki/cemburu, kerajaan hendaklah membantu mengikut sasaran
Kalau kerajaan masih membantu the top ten percent selagi itulah perkauman akan berterusan. Punca perkauman adalh CEMBURU, bukan disebabkan lain2.
Saya harap YMDS EMPATIKANLAH cerita saya ini. REFLEKlah YMDS.
Kebanyakkan kawas saya memihak parti pembangkang ialah kerana mereka cemburu, bukannya BN tak bagus.
Orang UMNO mahulah membuat kajian tentang kenapa orang UMNO di LMS masuk PAS? Padahal perangai segelintir mereka tidak mengamal cara hidup Islam yang betul.
Sekian
Post a Comment