Template by:
Free Blog Templates

8 April 2011

Melawat rakyat Siam
























Kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyat termasuk dari kumpulan minoriti.

Justeru, masalah mereka juga turut diberikan perhatian oleh Kerajaan terutama dalam menyediakan kemudahan asas.

Saya berkata demikian dalam perjumpaan dengan lebih Lebih 50 orang penduduk Siam yang bermastautin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Kampung mereka di Batu 20.

Turut hadir ialah Nai Leong anak lelaki Nai leng, 58 tahun yang merupakan satu- satunya wakil mereka menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Batu 20.

Pada perjumpaan itu Saya turut mendengar masalah mereka yang telah tinggal di situ lebih 30 tahun yang lalu.

Diantara masalah yang ditimbulkan termasuk permohonan mendapatkan Hak milik kekal dan projek-projek kecil seperti titi, jalan dan bantuan memperbaikki rumah.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan Ketua UMNO Cawangan, Haji Rosli Mat Zain.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apa yang saya takutkan bantuan kerajaan masih berpegang kepada bantuan yang tidak boleh membuat seseorang berdikari.

Maksud saya sampai bila pun mereka meminta bantuan atau subsidi dari kerajaan.

Saya masih berpegang supaya mereka diberikan pekerjaan . Kalau mereka dari golongan orang tidak ada upaya anak merekalah yang diberikan pekerjaan.

Saya sudah mengalami perkara ini. Saya yang bekerja untuk membantu keluarga saya.

Sebab itu saya mahu YMDS mempejuangkan supaya lapangan terbang Briah direalisasikan.

Ini pula, lapangan terbang IPOH yang hendak diperbesarkan (peruntukan 50 juta + 70 juta).

Begitu juga kawasan industri asas tani diletakkan di susur keluar Kubu Gajah, Batu Kurau dan Anak Kurau supaya hasilnya dapat disekspot dengan cepat melalui pelabuhan Butterworth.

Baru2 in wakil rakyat Kinabatangan sudah mensyorkan kepada YB Dato Hamzah membina hub hasil Kelapa Sawit di Kinabatangan. YB Dato Hamzah pula memuji cadangan beliau.

Perkara ini sudah pun saya cadangakan kepada YMDS untuk membangunkan di kawasan susur keluar Jalan Jelapang-Selama di Kubu Gajah untuk membina kilang hasil keluaran asas tani di kawasan ADUN Kubu Gajah. Begitu juga Pondok Tanjong untuk membina kilang 'hasil kambing' di situ.

Perkara ini akan memberi pekerjaan kepada orang tempatan dan yang berhampiran.

Jadi, YMDS tidak lagi payah memberi subsidi atau bantuan berterusan kepada orang tua, OKU, orang sakit dll.

Sebagai contoh Bapa Cikgu Abu Samah Aliddin sakit agak lama. Beliau tidak meminta kerajaan membantu bapa mereka kerana gaji cikgu dan jururawat sudah cukup untuk membantu bapa mereka yang uzur.

Barangkali YMDS terlupa tentang cadangan saya ini, tetapi wakil rakyat Kinabatangan barangkali juga sudah membaca blog YMDS.

Sekarang ramai wakil rakyat asyik hendak membina hub itulah, hub inilah. Hub apakah yang YMDS hendak majukan di kawasan ADUN Kubu Gajah? Itulah persoalan yang perlu difikirkan untuk PRU 13.

Saya cadangkan HUB WHOLESALE CENTRE untuk menjadi kawasan pelancongan tempatan yang terbesar di Malaysia di tempat kita. Boleh tidak?.

Bawalah orang kaya tempatan melawat pusat wholesale centre di negeri Cina, berdekatan dengan Hangzhou supaya dapat membuka minda mereka menjadi penganjurnya. Bayangkan modal 2 ringgit boleh kual 12 ringgit.

Selain daripada berjumpa masyarakat miskin YMDS perlu juga mengumpulkan mereka yang kaya untuk membangukan LMS seperti ADUN Selama, Ahli Parlimen Larut dan planters estet2. Buat jamuan teh dengan mereka dan berikan taklimat tentang HUB yang saya katakan.

Kita tidak boleh lagi berpegang kepada pelabur luar negara kerana untuk 'mengimpot' pekerja asing kita memerlukan 12 ribu ringgit untuk seorang pekerja asing.

Sekian.