Template by:
Free Blog Templates

17 April 2011

Jersi




Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai sejarah melahairkan ramai pemain berbakat hingga ada dikalangan mereka itu menyarung jersin pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

Justeru, jangan dipersia-siakan usaha mencungkil bakat. yang diusahakan oleh Pemuda UMNO disetiap cawangan dan Bahagian.

Begitupun, Pemuda UMNO harus bergerak aktif dalam menganjurkan pertandingan di kalangan ahli-ahli Pergerakan itu bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat uhtuk Negeri dan Negara.

Kekurangan padang bukan alasan utama bagi pemuda UMNO untuk bergiat dalam aktiviti sukan seperti bola sepak.

Saya berkata demikian dalam majlis ringkat penyampaian jersi pasukan bola sepak Pemuda UMNO Cawangan Batu 85/Sungai Lempong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di padang Ladang Malaya, petang tadi.

Jersi itu diterima oleh Ketua Pemuda UMNO Cawangan Batu 85, Rosli Ibrahim yang turut disaksikan oleh Ahli UMNO Cawangan Sungai Lempong, Md Sakiri Ishak.

Pemuda UMNO Cawangan Batu 85/Sungai Lempong sedang menjalani latihan untuk menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah tidak lama lagi.

0 comments: